Amsterdam bakal dilanggar meteor, Antartika bakal dihuni pada 2023

Amsterdam bakal dilanggar meteor, Antartika bakal dihuni pada 2023

Seorang individu yang mendakwa dirinya konon berasal dari masa depan meramalkan bahawa sebuah bandar utama Eropah akan dimusnahkan oleh meteor awal tahun depan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pengguna TikTok yang menggunakan nama ‘Time Voyager’ itu mendakwa mengetahui nasib buruk beberapa negara dalam siri video baharunya.

Menurut akaun tersebut, ibu negara Belanda, Amsterdam akan menjadi bandar pertama yang akan ditimpa malapetaka.

“Perhatian! Ya, saya pengembara masa dan ini adalah dua kejadian utama yang akan berlaku di Belanda.

“Pada 4 Januari 2023, sebuah ‘bunker’ ditemui dan menyimpan rahsia tamadun purba.

“Manakala pada 28 April 2023, Amsterdam akan dilanggar meteor yang memusnahkan sebahagian besar bandar raya tersebut,” tulis keterangan video berkenaan.

Akaun mempunyai lebih 300 ribu pengikut itu juga mendakwa bahawa Australia mungkin berdepan perintah berkurung lebih serius, bukan kerana Covid-19 tetapi disebabkan oleh fenomena perubahan iklim pada 2023.

Selain itu, pengguna TikTok tersebut turut mendakwa bahawa Benua Antartika tidak lama lagi boleh didiami oleh sebahagian besar manusia.

Video yang membimbangkan itu telah mencetuskan ketakutan dalam kalangan pengguna media sosial kerana ramalannya dianggap terlalu spesifik.

Bagaimanapun, ramai netizen mentertawakan ramalan liar pengembara masa itu dan menganggapnya berita palsu.

“Mungkin dia rasa kita semua dilahirkan semalam untuk mempercayai berita karut seperti ini,” ujar seorang pengguna media sosial. K Online

Amsterdam bakal dilanggar meteor, Antartika bakal dihuni pada 2023


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker