Dibelasah sekumpulan lelaki akibat tolong sepupu (Video)

Dibelasah sekumpulan lelaki akibat tolong sepupu (Video)

SEORANG lelaki cedera dibelasah sekumpulan individu ketika cuba meleraikan satu pergaduhan dekat Serendah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut melibatkan sekumpulan lelaki berbangsa India pada pukul 6 petang.



Beliau berkata, kejadian berpunca daripada sepupu mangsa yang meletakkan kereta di hadapan rumah suspek.

Katanya, suspek kemudian telah menegur sepupu mangsa sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Mangsa cuba meleraikan pergaduhan tersebut, tetapi telah dipukul suspek.

“Sepupu mangsa kemudian bertindak melarikan diri meninggalkan mangsa yang dikepung sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Mengulas lanjut, mangsa telah dipukul dengan objek tumpul sehingga menyebabkan terbaring berlumuran darah dan dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan.

“Polis telah mengenal pasti kesemua suspek yang terlibat dan tindakan tegas akan diambil,” ujarnya.

Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. UTV

https://www.instagram.com/reel/CkHwjY-JsRA/?utm_source=ig_web_copy_link



Dibelasah sekumpulan lelaki akibat tolong sepupu (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat



Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker