Skim gaji baharu penjawat awam pada 2025

Skim gaji baharu penjawat awam pada 2025

Skim gaji baharu penjawat awam hanya akan dilaksanakan pada Januari 2025, menurut garis masa semakan dipaparkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Semakan Skim Saraan Baharu, bermula pada Julai, akan dilengkapkan pada Oktober tahun depan sebelum dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan dalam Belanjawan 2025.



Menurut semakan tarikh dilihat FMT, laporan interim pertama ke atas kajian dilakukan jawatankuasa telah dihantar kepada kerajaan pada hujung bulan lalu.

Laporan kedua akan dihantar pada hujung bulan depan, dan ketiga dijadual lengkap pada Mac.

Laporan akhir akan dihantar pada hujung Mei untuk diperhalusi dan bagi dimuktamad oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Ia kemudian akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Jemaah Menteri mengenai semakan saraan pada Julai untuk kelulusan akhir.



“Ia akan diumum pada Belanjawan 2025 dijadual pada Oktober depan dan dilaksanakan pada Januari 2025,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada skim baharu itu akan dibayar secara “backdated”.

Semakan semula juga melibatkan pelarasan skim gaji bagi angkatan tentera dan polis.

Menurut maklumat pegawai rasmi, semakan pencen akan dilaksana sejurus skim sedia ada diselaraskan memandangkan pelarasan pembayaran baharu hanya boleh dibuat berdasarkan gred gaji dimuktamad.



Dalam pada itu, 72% cadangan daripada penjawat awam berkait penambahbaikan terma perkhidmatan tertumpu sektor kesihatan, manakala mereka daripada sektor teknikal menerima jumlah komen paling rendah.

Kira-kira 64% maklum balas berkait kemampanan kehidupan selepas bersara, tertumpu kepada pencen dan gratuiti.

Sejumlah 44,328 penjawat awam memberi maklum balas kepada kaji selidik JPA, melibatkan 115,285 cadangan. FMT

Skim gaji baharu penjawat awam pada 2025



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zainal tak malu mengaku guna botox

Liza Hanim kecewa bakat tidak dihargai



GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker