PRU pada November ini jika tiada banjir besar

PRU pada November ini jika tiada banjir besar

Pilihan raya umum ke-15 mungkin diadakan pada November tahun ini.

Bagaimanapun, jika terdapat banjir besar, seperti kebiasaan di Pantai Timur sebelum-sebelum ini, Mac tahun depan menjadi pilihan kedua.

Perkara itu didedahkan oleh dua sumber daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) kepada Malaysiakini semalam.

“Buat masa ini, perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob) telah memilih dua waktu sebagai tarikh sesuai untuk PRU. Bulan November atau Mac pada 2023.

“Bulan November dipilih selepas mengambil kira pembentangan belanjawan tahun 2023.

“Namun, ia tertakluk kepada keadaan cuaca khususnya negeri-negeri pantai timur yang sering dilanda banjir pada penghujung tahun.

“Sekiranya, bencananya teruk, maka November tak jadi,” kata sumber.

Ismail sebelum ini memberi bayangan PRU15 mungkin lebih awal, setelah dia mendapat desakan berbuat demikian daripada pemimpion Umno, khususnya Presiden Ahmad Zahid Hamidi.

Ismail yang juga naib presiden Umno sebelum ini berkata pilihan raya paling lewat boleh diadakan pada Julai (2023), apabila tamat tempoh (penggal) bagi pilihan raya umum yang lalu.

Sementara itu, satu lagi sumber berkata bahawa bulan Mac tahun depan mungkin dipilih kerana ia satu-satunya slot yang ada pada suku pertama tahun depan.

Katanya, pertimbangan akan mengambil kira perayaan Tahun Baru Cina dan bulan puasa.

“Jadi, hanya Mac slot yang tinggal untuk PRU,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua sumber tidak menolak kemungkinan tarikh ini mungkin berubah mengikut keadaan politik semasa.

“Betul, mungkin juga akan ada tarikh lain.

“Perlu lihat scenario politik ketika itu,” katanya.

Selain Zahid, bekas perdana menteri Najib Abdul Razak juga terus memberikan tekanan supaya pilihan raya diadakan segera.

Desakan itu bergema setelah kemenangan demi kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil sebelum ini, yang memberikan keyakinan kepada mereka untuk kembali menebus kekalahan dalam pilihan raya umum lalu.

Umno sebelum ini meluluskan pindaan perlembagaan untuk menangguhkan pilihan raya sehingga enam bulan selepas pilihan raya. Mk

PRU pada November ini jika tiada banjir besar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker