Australia batal iktiraf Baitulmuqaddis ibu kota Israel
Australia batal iktiraf Baitulmuqaddis ibu kota Israel
CANBERRA – Australia mengumumkan semalam bahawa Canberra tidak lagi mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu kota Israel sekali gus membatalkan keputusan kontroversi yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.
Menteri Luar, Penny Wong berkata, status kota Baitulmuqaddis harus diputuskan melalui rundingan damai antara Israel dan Palestin, dan bukannya melalui keputusan unilateral (satu pihak).
“Kami tidak akan menyokong pendekatan yang menjejaskan prinsip penyelesaian dua negara,” katanya, sambil menambah, kedutaan Australia sentiasa berada dan kekal di Tel Aviv.
Kerajaan konservatif pimpinan Perdana Menteri, Scott Morrison berdepan kecaman meluas di dalam negara berhubung keputusan beliau mengikuti langkah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menamakan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel pada 2018.
“Saya tahu langkah tersebut menyebabkan konflik dalam sebahagian masyarakat Australia, dan hari ini kerajaan berusaha untuk menyelesaikannya,” kata Penny.
Keputusan pada 2018 itu juga mencetuskan kekecohan antara Australia dan negara jirannya. Perjanjian perdagangan dua hala antara Jakarta dan Canberra tergendala buat sementara waktu susulan tindakan Morrison.
Kota Baitulmaqdis dituntut oleh kedua-dua Israel dan Palestin.
Kebanyakan negara asing mengelak daripada menempatkan kedutaan di Baitulmuqaddis kerana bimbang akan menjejaskan rundingan damai mengenai status akhir kota bersejarah itu.
Israel menawan Baitulmuqaddis Timur Arab dalam perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian merampasnya. Rejim Zionis mengisytiharkan seluruh kota itu sebagai “ibu kota (Israel) yang kekal dan tidak boleh dibahagi-bahagikan.”
Rakyat Palestin menuntut Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara Palestin di masa hadapan.
Penny menyatakan bahawa pembatalan pengiktirafan oleh Australia itu tidak menandakan sebarang permusuhan terhadap Israel. K Online
Australia batal iktiraf Baitulmuqaddis ibu kota Israel
Baca Artikel Menarik:
- BN mampu menang PRU15 jika…
- Oktovia Manrose hadir majlis ilmu Ustazah Asma, peminat sejuk mata tengok
- Tajuddin hadir acara Zahid di sebalik penggantungan
- Dakwaan dipukul polis trafik, pemandu treler ditahan
- Hanipa digugur menjelang PRU15?
- Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit
- Kabinet bincang 2 kali tentang bubar parlimen – Ismail
- Budak sekolah kongsi duit sertai parti liar dalam banglo
- Suami isteri didenda rakam, muat naik gambar bogel di lokasi pelancongan Singapura
- Video atas katil Tya Arifin bocor diluar kawalannya
- Hasmah dedahkan Mahathir hampir jatuh, risau pulang dengan van jenazah
- Idris kalah teruk di Bukit Gantang, macam mana nak jadi calon?
- Bekas ADUN PAS masuk Umno mahu martabat Islam bukan tanding PRU
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi
You must be logged in to post a comment.