Pocong ganggu sekolah dah kena tangkap

Pocong ganggu sekolah dah kena tangkap

Pocong ganggu sekolah dah kena tangkap
Penampakan didakwa pocong (dalam bulatan) di lorong hadapan kelas. – Istimewa

JAKARTA – Misteri penampakan pocong yang kerap berlaku di sebuah sekolah rendah di Sinjai, wilayah Sulawesi Selatan akhirnya terungkai apabila ia didapati dilakukan oleh sekumpulan remaja, lapor laman berita Detik hari ini.

Dalam video tular di media sosial, susuk berwarna putih menyerupai pocong itu dilihat berdiri tegak di lorong hadapan kelas.

Seorang lelaki memerhatikan pocong tersebut dari jauh pada waktu malam.

Susulan penularan video itu, ia mencetuskan rasa gelisah dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan yang takut untuk melakukan aktiviti di sekolah.

Ketua Perhubungan Awam Polis Sinjai, Inspektor Pertama Agus Santoso berkata, keadaan itu mencetuskan tindak balas polis yang membuat pemeriksaan di sekolah tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid


“Siasatan mendedahkan bahawa video itu dihasilkan oleh sekumpulan remaja yang menyamar sebagai pocong memakai kain kafan. Kami telah menahan dua remaja tersebut,” kata Agus.

Dua remaja berusia 21 dan 18 tahun itu mengakui menghasilkan video tersebut atas tujuan bergurau sebelum memuat naik di laman sosial. – AGENSI

Pocong ganggu sekolah dah kena tangkap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker