Ketua jabatan agensi kerajaan ditahan kes rasuah

Ketua jabatan agensi kerajaan ditahan kes rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang ketua jabatan agensi kerajaan bergelar Datuk kerana dipercayai menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasanya.

Suspek didakwa melakukan perbuatan itu berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat buah kenderaan pada 2017.



Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira pukul 8 malam semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes.

Katanya, perolehan empat buah kenderaan yang dibuat pada 2017 itu berjumlah lebih RM290,000 bertujuan untuk kegunaan sebuah program yang dilaksanakan oleh agensi tersebut.

Susulan itu, suspek pagi tadi telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Putrajaya dan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini setelah Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan penjawat awam itu.



Beliau turut memaklumkan bahawa kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009. MG

Ketua jabatan agensi kerajaan ditahan kes rasuah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan



Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker