Karya Suhaimi, Selamat Tinggal Dunia ibarat bayangan hari ini

Karya Suhaimi, Selamat Tinggal Dunia ibarat bayangan hari ini

Lagu Selamat Tinggal Dunia yang ditulis Allahyarham Mohd Suhaimi Saad 15 tahun lalu membayangkan apa yang berlaku kepadanya pada hari ini.

Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Muhamad Razin Che Mud berkata, lagu berkenaan dinyanyikan Allahyarham Suhaimi secara solo.



“Ada rakan-rakan yang kongsikan hasil karya Allahyarham, Selamat Tinggal Dunia. Lagu ini membayangkan hari ini, arwah akan meninggalkan isteri dan anak-anak dalam keadaan masih muda.

“Allahyarham cukup rajin menyantuni rakan-rakan dan hadir majlis diadakan Munsyid walaupun tinggal jauh di Kelantan. Allahyarham seorang yang baik, soleh dan kadang-kala sangat tegas dalam menyatakan pendiriannya.

“Kita doakan karya beliau Allah angkat menjadi pahala buatnya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara di sini, hari ini.

Dalam pada itu, vokalis In-Team, Mohd. Syahril Abdul Khalid menyifatkan permergian Mohd Suhaimi sebagai kehilangan besar buat industri nasyid tanah air.



Katanya, pada Jumaat lepas, dia bersama dua lagi anggota kumpulan In- Team iaitu Abdul Rahim dan Hazamin sempat melawat Suhaimi di rumah bapa mentuanya di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.

“Itu detik terakhir kami bertemu. Walaupun hanya 10 minit, wajah Suhaimi kelihatan gembira dengan kedatangan kami. Memang sudah lama kami tidak berjumpa.

“Saya beritahu dia, saya sedih lihat keadaan dia. Dia cakap jangan nangis. Dia gembira lihat kami datang, dia minta maaf dengan kami zahir dan batin,” katanya.

Katanya, arwah merupakan seorang yang teguh pendirian selain kemas dan sangat menjaga kebersihan serta teliti dalam perkara yang dilakukan.



“Mengenali dirinya satu yang unik dan dia melengkapkan persahabatan kami dalam In-Team.

“Dalam kumpulan saya ketua dan dia banyak titik beratkan bab pakaian persembahan malah soal vokal dia sangat teliti. Memang satu kehilangan (pemergiannya) bahkan terasa sejak dia keluar dari In-Team lagi,” katanya. K Online

Karya Suhaimi, Selamat Tinggal Dunia ibarat bayangan hari ini

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker