Diet pelik Erling Haaland rahsia kecemerlangannya

Diet pelik Erling Haaland rahsia kecemerlangannya

Penyerang Manchester City, Erling Haaland akhirnya ‘membuka mulut’ apabila menjadikan diet pelik dengan memakan jantung dan hati lembu sebagai rahsia kepada kecemerlangannya bersama The Citizens musim ini.

Sejak mula menyarung jersi Man. City, penyerang dari Norway itu tidak menunggu lama untuk mempamerkan taring sebenar apabila meledak 20 gol hanya dalam 12 perlawanan, 15 gol daripadanya dihasilkan pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kamu jangan makan tetapi saya sentiasa menjaga dan menitikberatkan penjagaan tubuh badan saya.

“Saya fikir, dengan memakan makanan tempatan yang berkualiti adalah perkara paling penting. Saya makan jantung dan hati,” kata pemain 22 tahun itu yang turut menitikberatkan kua­liti air yang diminumnya setiap hari.

Dengan kualiti yang dipersembahkan ketika ini, Haaland yang sudah pun merekodkan tiga hatrik, jelas sukar dihalang oleh pencabar lain dan kelibatnya sentiasa jadi igauan ngeri buat pasukan lawan.

Ketika ini, City bersaing hebat dengan Arsenal, menghuni tangga kedua EPL, mengumpul 23 mata dan hanya dipisahkan satu mata berbanding The Gunners di puncak liga.

Selain itu, Haaland juga mengakui tukang masak di City menjadi individu kesayangannya kerana sedia memenuhi ­permintaannya untuk mendapatkan bekalan makanan mengikut diet.

“Perkara pertama saya lakukan setiap pagi adalah cuba dedahkan diri saya dengan cahaya matahari. Saya juga akan tapis air dan saya rasa semua itu akan beri manfaat kepada tubuh badan saya,” jelas Haaland. K Online

Diet pelik Erling Haaland rahsia kecemerlangannya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker