Kencing di tiang parkir, lelaki Australia serah diri

Kencing di tiang parkir, lelaki Australia serah diri

POLIS mengesahkan seorang lelaki yang membuang air kecil pada tiang tempat letak kenderaan di sebuah pusat beli-belah dekat Subang Jaya telah tampil menyerah diri pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek seorang lelaki Cina berusia 32 tahun telah ditahan di Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya pada pukul 11.15 pagi.



“Semakan mendapati suspek merupakan penduduk tetap Australia yang datang ke Malaysia untuk melawat keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Terdahulu dilaporkan, suspek telah berkelakuan aib di tempat awam sebelum beredar dengan menaiki sebuah kereta Mazda.

Menerusi rakaman video dapat didengar perbualan antara suspek dan perakam yang mengatakan terdapat tandas dan suspek meminta maaf sebelum beredar. Utv



Kencing di tiang parkir, lelaki Australia serah diri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker