PRU15: UMNO Terengganu kemuka lebih 200 nama calon
KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan mengemukakan lebih 200 nama calon kepada pucuk pimpinan parti selewat-lewatnya dua hari lagi.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kesemua nama calon untuk 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen di Terengganu akan diserahkan kepada UMNO Pusat untuk dipilih bertanding mewakili parti itu.
Menurutnya, calon-calon itu adalah individu yang mempunyai rekod peribadi yang bersih, disenangi rakyat setempat dan bebas daripada sebarang kesalahan jenayah.
“Kita akan tampilkan calon yang boleh menang. Senarai nama ini adalah calon terbaik yang telah kita tapis dari beratus-ratus senarai nama yang diterima dari lapan ketua bahagian UMNO di seluruh Terengganu.
“Untuk kawasan yang kita menang, ada enam senarai calon dihantar manakala untuk kawasan kalah, kita hantar lima nama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata, UMNO Terengganu juga menjalankan proses saringan yang ketat terhadap pemilihan calon untuk memenangi hati rakyat.
“Senarai nama calon yang akan dihantar ini terdiri daripada pelbagai kombinasi kepakaran dan latar belakang mereka.
“Ini penting untuk kita memenangi PRU15 seterusnya mentadbir negeri mengikut kepakaran yang ada dalam kalangan calon yang tersenarai.
“UMNO Terengganu tidak ketandusan calon, semua nama yang dihantar itu hebat-hebat belaka untuk kita berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.
Selain itu, tambahnya, UMNO Terengganu juga sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa kerana ‘peluru dan senjata perang’ sudah lama disiapkan untuk turun ke gelanggang perlawanan itu.
Menurutnya, persiapan sudah lama dibuat dengan rapi termasuk senarai nama calon serta kekuatan jentera paling optimum dari peringkat cawangan, bahagian dan negeri.
“Tak kira bila pun Parlimen hendak dibubar, sama ada hari ini atau esok, tiada masalah buat UMNO Terengganu kerana ini bukan kali pertama kita nak bertanding….kita semua dah sedia pada bila-bila masa pun wisel ditiup,” katanya. –UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee