Jalan Bagan Lalang perangkap kemalangan maut

 

Lubang besar yang berlaku di Jalan Bagan Lalang, Butterworth

GEORGETOWN – Orang ramai yang melalui Jalan Bagan Lalang di Butterworth diminta berhati-hati susulan berlaku lubang besar (sinkhole) pada permukaan jalan di kawasan tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut tidak melibatkan kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Utara dalam kenyataannya berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada jam 4.30 petang, Ahad.

“Kejadian merupakan ‘sinkhole’ pada permukaan jalan di kawasan saluran pembentung Indah Water Konsortium (IWK) di Jalan Bagan Lalang. Lokasi kejadian adalah berhadapan dengan Greenish City Nursery.

“Panjang kawasan yang terlibat adalah 100 meter namun laluan tersebut masih di buka kepada kenderaan ringan. Tiada jalan alternatif disediakan, bagaimanapun akan disediakan sekiranya perlu,” katanya.

Dalam kenyataan itu lagi, JKR Seberang Perai Utara telah menutup keseluruhan kawasan yang berlaku ‘sinkhole’ selain meletak papan tanda amaran untuk pengguna jalan raya.

Katanya lagi, pihak IWK juga hadir ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan saluran kumbahan serta tindakan pembaikan berkaitan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker