Semakin ramai tinggalkan Bersatu, PN

Semakin ramai tinggalkan Bersatu, PN

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menjangka lebih ramai lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan meninggalkan parti itu.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini yang menyaksikan dua ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Dr. Edmund Santhara (Segamat) dan Datuk Dr. Xavier Jayakumar (Kuala Langat) menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) semalam.

Beliau berkata, setakat ini, sekurang-kurangnya enam Ahli Parlimen sudah mengisytiharkan mereka keluar dari Bersatu.

“Kenapa agaknya ramai yang mula tinggalkan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) ya?” soalnya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Selain Edmund dan Xavier, ahli-ahli Parlimen lain yang meninggalkan Bersatu ialah Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Willie Mongin dan Datuk Mohamaddin Ketapi.

Sementara itu, Asyraf Wajdi mempersoalkan mengapa pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) berdiam diri berhubung siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Menurut beliau, setakat ini belum ada sebarang komen atau kenyataan daripada mereka berhubung dakwaan salah laku dan jenayah membabitkan Tommy dalam soal campur tangan pelantikan hakim, hasutan, salah guna kuasa dan mendedahkan rahsia kerajaan.

“Kenapa agaknya PH berdiam diri sedangkan kononnya merekalah yang menjadi juara mendaulatkan undang-undang dan institusi kehakiman?” soalnya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh Tommy.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan yang telah dibuat, pasukan petugas khas telah mengkategorikan 19 isu-isu penting yang dikesan dalam buku tersebut kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas badan kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional dan kenyataan berbaur hasutan. MG

Semakin ramai tinggalkan Bersatu, PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker