Kalau Tahu Lesti Dipukul, Sudah Tentu Saya ‘Serang’ Dia – Inul Daratista

Kalau Tahu Lesti Dipukul, Sudah Tentu Saya ‘Serang’ Dia – Inul Daratista

JAKARTA: Nasib malang yang menimpa penyanyi Indonesia, Lesti Kejora, mendapat perhatian rakan-rakan artis di negara itu.

Paling lantang bersuara adalah Inul Daratista, yang sudah mengenali Lesti sejak di awal remaja.



“Jika saya tahu yang kamu [Lesti Kejora] dipukul, bukan ibu bapa kamu sahaja, saya juga akan bantu serang dia (suami Lesti),” kata Inul dalam catatan di Instagram.

“Saya sayangkan kamu, kamu anak yang kuat,” kata Inul dalam hantaran tersebut, sambil menyatakan dia sudah hilang rasa hormat terhadap suami Lesti yang juga seorang penyanyi, Rizky Billar.

Lesti, yang dilaporkan dipukul suaminya, dikatakan belum membuat keputusan untuk bercerai.



“Setakat ini Lesti belum berbincang apa-apa dengan saya mengenai tuntutan perceraian. Lagipun dia masih lagi dirawat di hospital,” kata peguam Lesti, Sandy Ariffin.

Pada masa sama, Sandy memaklumkan bahawa penyanyi yang popular menerusi lagu Takdir Cinta itu juga akan menjalani rawatan psikologi selain fizikal untuk memulihkan semula keadaannya.

Lesti menerima rawatan di sebuah hospital di Jakarta sejak Khamis lalu selepas selesai disoal siasat berhubung laporan terhadap suaminya.



Wakil Polis Jakarta Selatan memaklumkan kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 28 dan 30 September di Cilandak, Jakarta Selatan.

Lesti, 23, dan Rizal, 27, berkahwin Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki, Leslar Al Fatih. AA

Kalau Tahu Lesti Dipukul, Sudah Tentu Saya ‘Serang’ Dia – Inul Daratista



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker