Amir Raja Lawak mohon maaf pada pemilik nombor kenderaan

Amir Raja Lawak mohon maaf pada pemilik nombor kenderaan

Pelawak Amir Raja Lawak, 34, memohon maaf kerana mengelirukan ramai dengan nombor pendaftaran kereta baharunya yang disunting dalam hantaran gambar terdahulunya.

Amir berkata, nombor pendaftaran sebenar keretanya adalah AME1219 dan bukannya AME12. Dia juga berharap pemilik sebenar nombor pendaftaran kereta itu turut memaafkannya.

“Assalamualaikum. Saya rasa lepas saya ‘post’ gambar bersama kereta tadi, ada salah faham sebab orang anggap nombor saya dua angka itu.

“Sebenarnya ini nombor saya yang betul iaitu AME1219. Nombor 19 yang belakang itu tarikh lahir saya. Gambar penuh plat saya tadi, saya ‘edit’.

“Dengan ini saya minta maaf juga banyak-banyak kepada pemilik nombor plat AME12,” katanya.

Semalam, Amir berkongsi kegembiraan berjaya memiliki kereta baharu hasil titik peluhnya dalam perniagaan dan industri seni.

Dia turut memuat naik gambarnya bersama kenderaan jenis Perodua Alza dengan menggubakan nombor pendaftaran AME12. Namun sejurus itu, Amir memuat naik perkongsian baharu menjelaskan kekeliruan terbabit. HM

Amir Raja Lawak mohon maaf pada pemilik nombor kenderaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker