Perkeso mungkin jadi skim pencen – Saravanan

Perkeso mungkin jadi skim pencen – Saravanan

Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata wujud perancangan untuk mengubah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) supaya menjadi skim pencen bagi memastikan pekerja sektor swasta memiliki jaringan keselamatan selepas bersara.

Beliau menyifatkan sebagai membimbangkan apabila pekerja sektor swasta tidak mempunyai jaringan keselamatan, pendapatan atau simpanan selepas mencapai usia 60 tahun, kerana ramai telah mengeluarkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).



“Saya memikirkan kemungkinan meningkatkan caruman Perkeso bagi mereka di sektor swasta, dan mengubahnya sebagai skim pencen selepas mereka mencapai usia 60 tahun,” katanya dalam sidang media.

Katanya, beliau telah meminta Perkeso meneliti sama ada pertukaran itu boleh dibuat. Malah, katanya caruman Perkeso tidak berubah sejak 1971 seterusnya telah tiba masa untuk dikemas kini.

“Kita tiada pilihan. Kita semakin pantas menjadi masyarakat menua, dan cabaran utama adalah mencari jalan bagi membantu warga emas, khususnya mereka daripada sektor swasta.”

Saravanan berkata, kementeriannya sedang melaksanakan kajian mendalam sebelum mencadangkan perkara itu kepada Jemaah Menteri.



“Perubahan ini mungkin tidak boleh dilaksanakan sebelum pilihan raya akan datang, tetapi sesiapapun yang mengambil alih, sama ada kerajaan sama atau yang berbeza, perkara ini wajar diberi keutamaan.”

Dalam perkembangan berasingan, ketika ucapannya pada Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022, Saravanan berkata Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 akan dibentangkan untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat pada Oktober.

Saravanan turut mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang menerima cabarannya untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi DAP sekiranya boleh membuktikan beliau tidak bersalah dalam krisis tenaga kerja negara. Katanya, beliau akan menghantar surat menjemput Lim secara rasmi ke kementerian minggu ini. FMT

Perkeso mungkin jadi skim pencen – Saravanan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor



Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker