Pengkhianatan Bersatu buat PKR meragui Muda
Pengkhianatan Bersatu buat PKR meragui Muda
Sebarang keputusan PH berhubung penyertaan parti baru secara rasmi menjelang PRU15 perlu dinilai secara cermat bagi mengelakkan pengkhianatan, seperti yang dilakukan Bersatu, berulang kembali.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini semalam, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata selain Muda, gabungan itu turut menerima surat dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mahu kembali meneroka kemungkinan bekerjasama dalam PRU tersebut.
“Saya rasa kita boleh terus berbincang memandangkan dari segi dasar, parti-parti ini agak dekat dengan PH.
“Tetapi saya serahkan kepada majlis presiden dan kemudian penubuhan jawatankuasa untuk membuat penilaian terperinci,” katanya.
Majlis presiden PH akan bermesyuarat petang nanti bagi membincangkan permohonan Muda untuk menjadi parti komponennya.
Presiden PKR itu mengaitkan pendirian berwaspada PH dengan kegagalan hubungan dengan Bersatu yang membawa kepada Langkah Sheraton, di mana parti serpihan Umno itu mengambil alih pentadbiran negara dengan kerjasama BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Pengalaman lalu bersama Bersatu yang sukar, mereka memungkiri semua komitmen berkenaan isu agenda pelbagai kaum, membasmi rasuah, dan tentulah bagi Keadilan kita tidak terlepas daripada perkara ini kerana ramai pemimpin kita terlibat dalam pengkhianatan ini,” kata Anwar.
Sementara dua komponen PH iaitu DAP dan Amanah dilihat menyambut baik hasrat Muda, sebahagian dalam PKR – terutama sayap pemudanya – telah menyuarakan bantahan mereka dan malah menyenaraikan 10 syarat yang perlu dipenuhi.
Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz kemudian berkata pihaknya menerima keraguan yang disuarakan itu dan menyatakan kesediaan untuk bertemu secara rasmi dengan PH.
Adun Puteri Wangsa itu juga menekankan Muda hanya menyasarkan kerusi yang kini diwakili BN dan Perikatan Nasional (PN).
Mk
Pengkhianatan Bersatu buat PKR meragui Muda
Baca Artikel Menarik:
- Kalau anak jantan, tekan butang PN tarik sokongan kepada PM
- Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat
- Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang
- AirAsia paling banyak terima aduan daripada penumpang
- Air kencing berbau hancing, ini sebabnya
- Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
- Selepas ‘projek’ 700 lelaki wanita kata sudah insaf
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15
- Shahril Hamdan sekolahkan Muhyiddin
- Pengarah universiti ditahan disyaki terima Honda Accord
- Kenyataaan Tommy Thomas bermain ‘api’ amat bahaya sangat bersifat perkauman – Majlis Profesor Negara
- Resepi Kerabu Mangga Thai Khop Khun Khap
- Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti
Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis
You must be logged in to post a comment.