BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham

BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham

Barisan Nasional (BN) sudah menutup pintu kepada Parti Bangsa Malaysia (PBM) susulan menimbulkan komplikasi hubungan parti itu dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil, berkata akan bergerak solo tanpa PBM.

Katanya, adalah sukar bagi BN membenarkan PBM masuk sebagai ahli komponen memandangkan seorang daripada Ahli Parlimen parti berkenaan dari Julau.

“Jika kita bekerjasama dengan Ahli Parlimen PBM dari Julai, kita akan berdepan dengan GPS di kawasan terbabit. Apa akan berlaku kepada kita dengan GPS? Jadi, kesimpulannya, kita akan bergerak solo,” katanya merujuk kepada Larry Sng.

Beliau berkata demikian dalam sesi perjumpaan bersama penduduk Subang Jaya, malam tadi.

Pada Julai, PBM memohon menyertai BN, namun tidak menerima sebarang respon daripada gabungan itu.

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, sebelum ini berkata konsensus komponen parti diperlukan untuk menerima permohonan kemasukan PBM.

PBM diterajui bakal presiden, Zuraida Kamaruddin, manakala Sng merupakan presiden selain Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong sebagai naib presiden. Ketiga-tga mereka pernah berada dalam PKR. FMT

BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker