Sekarang masa terbaik beli emas
Ampang: Sekarang adalah masa terbaik membuat pembelian barangan kemas dan jongkong emas sama ada untuk pelaburan atau kegunaan peribadi, kata Pengurus Besar Kanan Habib, Mohd Zaruddin Mahmud.
Beliau berkata, ia kerana harga emas semasa menunjukkan penurunan sejak beberapa bulan lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi.
Menurutnya, penurunan harga emas itu mungkin tidak disedari di negara ini kerana kejatuhan ringgit namun ketara di pasaran dunia.
“Kita lihat trend harga emas menurun hingga ke tahap paling rendah pada minggu lalu. “Selalunya dolar Amerika Syarikat (USD) negatif, harga (emas) menaik tetapi kita tengok tahun ini keadaan berbeza.
“Ini disebabkan permintaan kurang, inflasi meningkat dan pasaran kewangan yang merudum. Pembelian digalakkan ketika barangan dijual pada kadar rendah jadi ini masa yang sesuai kerana membeli emas adalah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang,” katanya ketika ditemui di Kedai Emas Habib di Ibu Pejabatnya di sini, hari ini.
Menurut Mohd Zaruddin, mereka yang mahu membuat pelaburan disarankan membeli jongkong emas kerana tidak perlu membayar upah yang mahal.
Bagaimanapun, beliau berkata, pembelian barangan kemas digalakkan untuk mereka yang mahu memakai atau menyimpan bagi kegunaan sendiri.
“Harga jongkong emas 999 kini adalah RM251 untuk setiap satu gram manakala RM285 bagi emas 916 dan di Habib, kita menjualnya pada harga lebih rendah iaitu RM260 ke RM275.
“Nasihat saya kepada pembeli adalah jangan cepat terpengaruh dengan harga emas di sesuatu kedai kerana ada kalanya terlalu rendah tetapi upahnya tinggi hingga perlu membayar mahal berikutan caj tersembunyi. Jika reka bentuknya (barangan kemas) unik tiada masalah untuk bayar upah mahal namun tidak berbaloi jika yang biasa saja.
“Di Habib, harga ditawarkan sangat kompetitif dengan kualiti kerana kita sudah 64 tahun dalam perniagaan jadi yang diutamakan adalah barangan berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Kiranya, kita jual ikut harga emas semasa jadi mengapa perlu bayar tinggi?,” katanya.
Berkongsi mengenai trend pembelian emas, Mohd Zaruddin berkata, kebanyakan yang membeli barangan kemas dan jongkong emas untuk pelaburan datangnya dari Lembah Klang.
Katanya, ia kerana faktor kuasa membeli, kepadatan penduduk dan kesedaran terhadap pergerakan harga emas.
“Kalau cakap soal emas mesti ada yang beranggapan ramai pelabur dari Pantai Timur tetapi sebenarnya hasil jualan lebih banyak di Lembah Klang.
“Boleh dikatakan, 60 peratus pelabur jongkong emas adalah lelaki dan 40 peratus lagi wanita. Bagi barangan kemas pula, 95 peratus wanita dan lima peratus lagi lelaki,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kalau anak jantan, tekan butang PN tarik sokongan kepada PM
- Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat
- Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang
- AirAsia paling banyak terima aduan daripada penumpang
- Air kencing berbau hancing, ini sebabnya
- Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
- Selepas ‘projek’ 700 lelaki wanita kata sudah insaf
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15
- Shahril Hamdan sekolahkan Muhyiddin
- Pengarah universiti ditahan disyaki terima Honda Accord
- Kenyataaan Tommy Thomas bermain ‘api’ amat bahaya sangat bersifat perkauman – Majlis Profesor Negara
- Resepi Kerabu Mangga Thai Khop Khun Khap
- Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti
You must be logged in to post a comment.