Polis cadang tuduh Raja Petra berkait fitnah bekas pengarah JSJK
Polis cadang tuduh Raja Petra berkait fitnah bekas pengarah JSJK
Polis sudah menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan fitnah dibuat blogger, Raja Petra Kamarudin, terhadap bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Amar Singh.
Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya sudah merakam keterangan 29 individu dan mencadangkan Raja Petra dituduh mengikut Seksyen 500 Akta Fitnah.
“Polis sudah memberi taklimat kepada timbalan pendakwa raya berhubung dapatan pada 13 Sept,” katanya kepada FMT.
Dellhan berkata, dalam siasatan pihaknya, polis sudah menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan serbuan dilakukan.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Yahaya Othman, berkata siasatan kes itu masih berjalan.
Bulan lalu, Blogger itu dalam portalnya, Malaysia Today, mendakwa teman wanita Amar hadir ketika serbuan ke atas kediaman bekas perdana menteri Najib Razak pada Mei 2018 dan membawa pulang satu daripada beg yang dirampas polis.
Amar membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung dakwaan itu pada 12 Ogos.
Dua lagi timbalan pengarah yang sudah bersara juga membuat laporan terhadap Raja Petra pada hari sama.
Sementara itu, sumber berkata tindakan mengekstradisi blogger berpangkalan di United Kingdom (UK) tersebut untuk dikenakan pertuduhan akan berdepan halangan memandangkan UK tidak melayan permintaan ekstradisi berdasarkan dakwaan fitnah.
“Kecuali dia melakukan jenayah serius seperti pembunuhan atau rogol (UK akan mempertimbang mengekstradisinya),” kata sumber itu. FMT
Polis cadang tuduh Raja Petra berkait fitnah bekas pengarah JSJK
Baca Artikel Menarik:
- Kalau anak jantan, tekan butang PN tarik sokongan kepada PM
- Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat
- Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang
- AirAsia paling banyak terima aduan daripada penumpang
- Air kencing berbau hancing, ini sebabnya
- Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
- Selepas ‘projek’ 700 lelaki wanita kata sudah insaf
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15
- Shahril Hamdan sekolahkan Muhyiddin
- Pengarah universiti ditahan disyaki terima Honda Accord
- Kenyataaan Tommy Thomas bermain ‘api’ amat bahaya sangat bersifat perkauman – Majlis Profesor Negara
- Resepi Kerabu Mangga Thai Khop Khun Khap
- Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor
Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti
Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis