Harap penculik lepaskan kakak saya – Adik ejen kosmetik
Harap penculik lepaskan kakak saya – Adik ejen kosmetik
KOTA BHARU: “Semoga ada keajaiban, diharap mereka lepaskan kakak saya.”
Itu luahan adik kepada ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi yang diculik penjenayah baru-baru ini.
Menurut adiknya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammad itu, semakin lama berlanjutan kes tersebut, semakin membuatkanya keluarganya tidak dapat tidur lena.
“Semakin lama, semakin khuatir dan membuatkan kami sekeluarga sangat merindui kakak saya.
“Semoga dia (kakak) berada dalam keadaan selamat. Harap penculik itu bagi makan dan minum kepada kakak. Kami hanya mampu memohon doa yang tak putus-putus dan berharap kepada Allah sahaja,” katanya.
Tambah Mohammad, keluarganya masih belum menerima sebarang perkembangan terbaharu daripada pihak polis atau penjenayah berhubung kes penculikan itu.
“Kami juga masih tidak dapat panggilan daripada penculik untuk mendapatkan wang tebusan bagi kakak saya. Malah, setakat ini juga masih belum ada perkembangan daripada pihak polis.
“Buat masa ini juga kami minta jasa baik semua untuk tidak mengganggu siasatan polis. Cukup setakat ini dulu kenyataan yang saya mampu berikan kepada pihak media.
“Diharap semua faham dan mendoakan kemudahan dan kelancaran siasatan polis bagi kes ini. Saya sangat kasihan pada mak dan ayah saya.
Mereka masih dalam keadaan trauma dan ketakutan selepas insiden penculikan ini berlaku,” tambah Mohammad.
Azi yang berusia 36 tahun dipercayai diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Palekbang, di sini, minggu lalu.
Dalam kejadian pukul 5.10 petang itu, mangsa dilarikan oleh empat lelaki dengan menggunakan kereta jenis Toyota Vios berwarna perak. Awani
Harap penculik lepaskan kakak saya – Adik ejen kosmetik
Baca Artikel Menarik:
- Kalau anak jantan, tekan butang PN tarik sokongan kepada PM
- Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat
- Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang
- AirAsia paling banyak terima aduan daripada penumpang
- Air kencing berbau hancing, ini sebabnya
- Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
- Selepas ‘projek’ 700 lelaki wanita kata sudah insaf
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15
- Shahril Hamdan sekolahkan Muhyiddin
- Pengarah universiti ditahan disyaki terima Honda Accord
- Kenyataaan Tommy Thomas bermain ‘api’ amat bahaya sangat bersifat perkauman – Majlis Profesor Negara
- Resepi Kerabu Mangga Thai Khop Khun Khap
- Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti
You must be logged in to post a comment.