Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
PH mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah
Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
Presiden PAS Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan parti Islam itu tidak akan membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk menerusi pendekatan khemah besar dalam pilihan raya umum.
“PH tidak mampu menegakkan keadilan yang menyeluruh kepada rakyat, walaupun dalam gabungannya terdapat parti yang menjadikan keadilan dan amanah pada jenamanya,” katanya.
Abdul Hadi mendakwa ini kerana ramai dikalangan pimpinan PH ‘tidak beriman dan tidak bermoral’.
Menurut ahli parlimen Marang itu, PH ketika menghadapi PRU14 pada 2018 juga memperlihatkan parti gabungan pembangkang itu secara terbuka mengumpulkan ‘kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah’.
“Ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.
“Paling ramai pihak yang melompat parti bukan alasan yang berprinsip, tetapi mengejar janji-janji manis dan janji bohong (seperti rasuah juga),” katanya dalam catatan Minda Presiden PAS hari ini.
Abdul Hadi juga mendakwa PH mengamalkan politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu-gugat urusan pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman.
“Malah, dalam PH terkumpul kalangan mereka yang nyata bersikap anti-Islam, mengancam institusi raja-raja, rukun negara, dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan khususnya kemuliaan Islam sebagai agama bagi persekutuan.
“Bahkan, terdapat juga kalangan yang fanatik bencikan Melayu dan bumiputera, tanpa peduli adanya hak terhadap agama lain dan berbagai-bagai kaum yang sudah mencukupi,” dakwa Abdul Hadi.
Oleh demikian, Abdul Hadi bertegas menolak mudarat politik PH yang lebih besar dan mendatangkan akibat yang lebih parah kepada negara hingga boleh merobohkan asas dan mematahkan cabang-cabang yang penting.
Abdul Hadi berkata hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh apabila PH lebih banyak menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara jika dibandingkan dengan BN.
Tambah Abdul Hadi, Islam yang menjadi akidah perjuangan PAS menetapkan bahawa politik tidak berpisah daripada agama yang ada perhitungan dosa dan pahala serta dibawa ke alam akhirat.
Maka, wawasan PAS tidak tamat sekadar melepaskan harapan di alam dunia.
Justeru, PAS tetap mempertahankan hak Melayu, bumiputera dan Islam termasuk bahasa yang menjadi teras kepimpinan negara ini tanpa menghapuskan bangsa dan bahasa lain.
“PAS menentang teori ‘Malaysian Malaysia’ dan menentang sikap fanatik perkauman kerana kedua-duanya bercanggah dengan Islam dan fitrah manusia.
“PAS menegaskan kalau ada sesiapa yang membuat kenyataan orang Melayu ini bersifat perkauman, halaukan dia kerana tidak mengenang budi.
“Bersama dalam PH, parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menegaskan ideologi sekularnya secara terbuka, sehinggakan mereka menolak prinsip agama dalam politik,” tambah Abdul Hadi. Mk
Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
Baca Artikel Menarik:
- Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu
- Pemandu bas ditahan rogol kanak-kanan 3 tahun
- Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi
- Akar umbi atau ‘warlord’ Umno lebih penting kepada PM?
- Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang
- PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis
- Khairy calon Parlimen Alor Setar?
- Sami mati dipijak gajah naik minyak
- Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
- Raja Charles III diramal mangkat pada 28 Mac 2026
- Kemunculan pertama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah
- Peniaga Terlampau Lempar Botol Sos Pada Rider
- 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan