Anak tikam ibu sebab tak bagi kahwin

Anak durjana

Anak tikam ibu sebab tak bagi kahwin

TARAKAN: Akibat hasrat untuk berkahwin dan membuka perniagaan ditentang, seorang nelayan di bandar Tarakan tergamak membunuh ibunya sendiri menggunakan sebilah badik.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Tarakan, Muhammad Aldi berkata, ibu mangsa menolak hasrat anak lelakinya kerana suspek tidak mempunyai teman wanita lagi untuk mendirikan rumah tangga.



Namun, katanya, lelaki berusia 33 tahun tersebut bersungguh-sungguh mahu wanita itu menjodohkan dia dengan salah seorang ahli keluarganya.

“Mangsa menolak permintaan suspek kerana tidak mempunyai wang untuk membantu anaknya berkahwin apatah lagi membuka perniagaan,” katanya lapor Kompas.com.

Disebabkan hajat tersebut ditolak, lelaki itu diam membisu dan terus masuk ke biliknya

Namun, Muhammad berkata, suspek membawa sebilah badik yang diambil dari almari dan meletakkannya di dalam beg pada sebelah petang.



Sejurus itu, katanya, dia masuk ke dalam bilik ibunya yang baru selesai mandi dan menguncinya dari dalam.

“Dia kemudian bertanyakan sekali lagi mengenai keputusan ibunya sehingga menyebabkan dia tidak berpuas hati dan berasa marah, lalu nekad membunuh wanita itu.

“Suspek menikam ibunya berulang kali tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami mangsa sehingga didengari anaknya yang lain.

“Kita dapati sebanyak 10 tikaman dengan empat daripadanya di bahagian depan, satu di dada kiri dan dua di tangan kiri mangsa,” katanya.



Disebabkan pintu tidak dapat dibuka dari luar, ahli keluarga yang lain terpaksa meminta bantuan penduduk setempat.

Jelasnya, orang ramai bertindak memecahkan tingkap untuk membantu mangsa yang ditikam bertubi-tubi oleh anaknya sendiri. Utusan

Anak tikam ibu sebab tak bagi kahwin


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida



Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker