30 tahun derita pencemaran babi
SEPANG: Jijik, kotor dan meloyakan.
Itu situasi dihadapi kira-kira 7,000 penduduk Tanjung Sepat di sini yang berdepan masalah pencemaran dipercayai akibat kumbahan ternakan babi di kawasan itu sejak 30 tahun lalu.
Selain gangguan bau busuk, aliran air dalam parit dan anak sungai di sekitar kawasan berkenaan berwarna hitam pekat dan mengalir ke laut yang terletak kira-kira 30 meter.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Kampung Ladang Tumbuk mendapati, kedudukan kandang ternakan babi di kawasan itu hanya terletak 50 hingga 200 meter dari penempatan penduduk melibatkan sempadan Kuala Langat, Teluk Bunut serta Tanjung Sepat, di sini.
Malah, terdapat 168 kandang ternakan babi di Kampung Ladang Tumbuk dengan anggaran 200,000 ekor haiwan itu diternak pada satu-satu masa untuk pasaran tempatan dan luar negara.
Seorang penduduk, Mazni Shamsuddin, 50, berkata, ladang itu seluas kira-kira 404.6 hektar hanya dipisahkan sebatang jalan dengan pantai Tanjung Sepat.
“Kebanyakan kami mengharapkan tindakan segera dapat dilakukan kerana sistem operasi ladang ini tidak betul dan mengambil hak penduduk,” katanya di sini, semalam.
Siasatan Utusan turut mendapati aliran air tercemar itu mengalir ke parit dan membentuk beberapa saliran anak sungai ke laut yang terletak kira-kira 30 meter, sekali gus mengundang persoalan sama ada tindakan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Bau yang amat meloyakan dengan warna air hitam terlalu kotor dan menjijikkan boleh dilihat dari jalan utama Tanjung Sepat, sebelum air buangan yang dipercayai bercampur najis dan sisa ternakan itu mengalir ke pantai.
Keadaan itu jelas kelihatan melalui rakaman gambar dan video dari udara menggunakan dron membuktikan kedudukannya betul-betul bersebelahan laut.
Cubaan Utusan Malaysia memasuki kawasan ladang tidak berjaya kerana ia merupakan tanah persendirian berpagar dan berkunci, namun laluan jalan sempit membawa kami ke tempat penyembelihan dan pemotongan babi yang berada hanya kira-kira 30 meter dengan laut.
Dalam pada itu, tinjauan di sekitar pantai Tanjung Sepat mendapati seolah-olah sudah mati, malah penduduk mendakwa tidak ada lagi habitat laut seperti kerang, kupang dan kepah yang sebelum ini menjadi antara sumber rezeki penduduk.
Penduduk turut memberitahu, pada sebelah petang aktiviti pembersihan kandang oleh pekerja turut mengakibatkan bau busuk apatah lagi jika waktu selepas hujan sehingga mengganggu keselesaan penduduk untuk solat berjemaah di surau.
Timbul persoalan, bagaimana ladang ternakan ini dibenarkan beroperasi sekali pun ia berlesen sedangkan kualiti air di kawasan berkenaan tercemar dan menjejaskan kehidupan penduduk.
Sementara itu, Presiden Perahu Layar Negeri Selangor, Abdul Aziz Abdullah berkata, kawasan Tanjung Sepat pernah dicadangkan sebagai kawasan ekopelancongan kerana ia merupakan sebuah kawasan peranginan pantai yang cantik.
Bagaimanapun, katanya, kewujudan ladang terbabit terus mematikan kawasan tersebut seolah-olah menjadi sebuah tempat yang menjijikkan.
Bukit Pelanduk di Lukut Port Dickson pernah menjadi kawasan ternakan babi terbesar, sebelum semua ladang dan ternakan di situ dimusnahkan selepas dilanda virus Japanese Encephalitis (JE) yang meragut lebih 50 nyawa manusia. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu
- Pemandu bas ditahan rogol kanak-kanan 3 tahun
- Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi
- Akar umbi atau ‘warlord’ Umno lebih penting kepada PM?
- Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang
- PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis
- Khairy calon Parlimen Alor Setar?
- Sami mati dipijak gajah naik minyak
- Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
- Raja Charles III diramal mangkat pada 28 Mac 2026
- Kemunculan pertama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah
- Peniaga Terlampau Lempar Botol Sos Pada Rider
- 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan
You must be logged in to post a comment.