Toyota Veloz bakal tembus pasaran tempatan
Toyota Veloz bakal tembus pasaran tempatan
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWTM) bakal memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaharu, Toyota Veloz untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.
Presidennya, Ravindran K berkata, tempahan jentera untuk tujuh tempat duduk tersebut sudah mencecah sebanyak 5,200 unit.
“Pengenalan fitur baharu tersebut akan menjadi detik penting dengan tawaran ciri premium dan sudah tentunya, jaminan kualiti dan kebolehpercayaan yang diyakini semua.
“Pasukan di UMWTM bekerja keras sepanjang masa untuk mempergiatkan pengeluaran bagi memastikan penghantaran kepada pemilik kereta baharu. Terima kasih atas sokongan semua,” katanya dalam satu kenyataan.
Berikut spesifikasi menarik Toyota Veloz:
i) Hadir dengan ciri keselamatan Toyota seperti kawalan jelajah adaptif dan sistem prapelanggaran terbaharu.
ii) Lengkap dengan paparan audio tanpa wayar dan sistem telematik kenderaan.
iii) Lima tahun waranti bermula pada tarikh didaftarkan dengan jarak tanpa had.
iv) Lima pilihan rona pada harga bermula RM95,000.
Pada masa sama, Ravindran turut memperkenalkan siri kenderaan pelbagai guna inovatif antarabangsa (IMV) yang ditambah baik, Toyota Fortuner dan Hilux pada bulan ini manakala Toyota Innova pada Oktober depan.
“Tiga model yang ditambah baik dengan ciri lebih berkuasa, kami yakin dapat memenuhi keperluan pelanggan di seluruh negara sekali gus meningkatkan pasaran tahun ini,” katanya.
Terdahulu, UMWTM mencatat rekod jualan baharu bagi Toyota dengan 8,961 unit, manakala Lexus pula sebanyak 130 unit pada Ogos lalu.
Jualan keseluruhan bagi model Toyota dan Lexus pada bulan Ogos adalah sebanyak 9,091 unit lebih tinggi berbanding pencapaian pada Julai lalu iaitu sebanyak 6,637 unit sahaja.
Bagi jualan yang didaftarkan, peningkatan sebanyak 62 peratus direkodkan bagi jumlah jualan Toyota dan Lexus pada tahun ini (setakat Ogos) berjumlah 61,639 unit berbanding 38,085 unit berbanding Ogos tahun lepas.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan 1Malaysia 2022, jenama popular itu menawarkan pakej promosi istimewa bernilai hingga RM4,000 untuk varian Vios dan Yaris berakhir bulan ini. SPlus
Toyota Veloz bakal tembus pasaran tempatan
Baca Artikel Menarik:
- Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu
- Pemandu bas ditahan rogol kanak-kanan 3 tahun
- Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi
- Akar umbi atau ‘warlord’ Umno lebih penting kepada PM?
- Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang
- PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis
- Khairy calon Parlimen Alor Setar?
- Sami mati dipijak gajah naik minyak
- Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
- Raja Charles III diramal mangkat pada 28 Mac 2026
- Kemunculan pertama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah
- Peniaga Terlampau Lempar Botol Sos Pada Rider
- 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan
You must be logged in to post a comment.