Shafee sangkal Khairy, ubat generik bukan ubat asal Najib
Peguambela Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah mempertikaikan dakwaan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa ubatan generik mampu untuk menurunkan tekanan darah bekas perdana menteri itu.
Peguam itu juga mendakwa kementerian pada awalnya menyatakan mahu memindahkan Najib dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke Institut Jantung Negara (IJN).
Semasa sebutan kes rasuah 1MDB Najib membabitkan penyelewengan dana bernilai RM2.28 bilion di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Shafee membuat dakwan mengenai ubatan generik, sebagai respons kepada laporan berita berhubung kenyataan Khairy semalam.
Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa tekanan darah Najib hanya mula turun selepas diberikan ubat bagi penyakit darah tinggi yang asal yang diambilnya sebelum ini.
“Sekarang mereka beri ubat yang dia (Najib) biasa makan, tekanan darahnya mula turun tetapi belum memuaskan, (balik semula ) kepada (bacaan) tekanan darah asal.
“Walaupun perubahaan semula kepada ubat asalnya adalah berkesan, (bacaan) dia masih belum kembali normal, ujian masih dijalankan,” kata peguam itu petang ini.
“Pelanggan saya ada sejarah mempunyai ulser, ulser yang sangat teruk. Tiga bulan lalu, dia tidak sedar dia berada di tahap kritikal.
“Dia kehilangan banyak darah, tanpa mengetahui sebabnya. Mereka (kakitangan perubatan) memeriksa dan mendapati hemoglobinnya sangat rendah
“Dia mungkin diserang strok, tetapi mereka berjaya mengawal keadaan dan dia kembali normal.
“Tetapi, baru-baru ini, dia mengadu sakit di bahagian perut dan (doktor) menemui ulser. Apabila disentuh ia berdarah.
“Oleh itu, dia sedang diuji untuk memastikan tekanan darah tiada kaitan dengan itu melainkan ada kesan (berpunca daripada) ubatan (generik).
“Walaupun ubatnya sama, satu adalah yang asal manakala satu lagi (generik) bukan.
“Bertentangan dengan apa yang dilaporkan dalam media, ubatan generik sebenarnya boleh tidak berkesan seperti ubatan asal,” dakwa Shafee.
Sehubungan itu, peguambela berkenaan memohon mahkamah melapangkan tarikh perbicaraan yang dijadualkan esok kerana Najib masih dirawat di HKL.
Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah kemudian membenarkannya dan menetapkan prosing bersambung semula pada 26 Sept.
Semalam sebagai menjawab dakwaan anak tertuduh Nooryana Najwa, Khairy menafikan bahawa ubatan Najib telah ditukar tetapi sebaliknya menjelaskan tertuduh diberi ubat generik setara, sambil menambah bekas perdana menteri itu berada dalam keadaan stabil di HKL.
Menteri itu juga berkata, tertuduh tidak perlu dipindahkan dari HKL ke IJN.
Ketika ditemui media selepas prosiding hari ini, peguambela itu berkata Najib “bukan dirinya yang biasa ceria” ketika ditemui di HKL.
Dia berkata bahawa tertuduh dalam keadaan tidak selesa dan kesakitan, sambil menambah bahawa mengalami ulser “adalah perasaan yang paling teruk”.
Berhubung kenyataan Khairy bahawa tidak perlu menghantar Najib ke IJN, Shafee berkata, bahawa mereka pada mulanya diberitahu oleh Kementerian Kesihatan bahawa tertuduh akan dihantar ke sana.
Peguam itu berkata jika masalah kesihatan anak guamnya itu benar-benar serius, Najib perlu berjumpa pakar.
“Saya tidak fikir dia (Khairy) betul. Dia harus baca Akta Penjara,” kata Shafee kepada pemberita.KL.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu
- Pemandu bas ditahan rogol kanak-kanan 3 tahun
- Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi
- Akar umbi atau ‘warlord’ Umno lebih penting kepada PM?
- Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang
- PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis
- Khairy calon Parlimen Alor Setar?
- Sami mati dipijak gajah naik minyak
- Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
- Raja Charles III diramal mangkat pada 28 Mac 2026
- Kemunculan pertama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah
- Peniaga Terlampau Lempar Botol Sos Pada Rider
- 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan
You must be logged in to post a comment.