Ronaldo tolak tawaran RM1.09 bilion
Ronaldo tolak tawaran RM1.09 bilion
MANCHESTER: Cristiano Ronaldo dilaporkan menolak tawaran yang mampu menjadikannya pemain bola sepak termahal di dunia.
Media Sepanyol mendakwa kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal menawarkan kontrak selama dua musim bernilai 210 juta pound (RM1.09 bilion) kepada bintang Manchester United itu.
Sekiranya diterima, Ronaldo bakal menjadi pemain termahal dunia dengan gaji 1.7 juta pound (RM8.87 juta) seminggu.
Penyerang Portugal berusia 37 tahun itu bagaimanapun tidak berminat untuk menyertai Al-Hilal kerana mahu kekal beraksi di pentas tertinggi.
Bagaimanapun Ronaldo terpaksa akur beraksi di pentas kedua tertinggi Eropah – Liga Europa – selepas hasratnya untuk meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas tidak kesampaian.
Dia dikaitkan dengan perpindahan ke Atletico Madrid, Sporting Lisbon dan Napoli, namun gagal menyempurnakan perpindahan berkenaan.
Ronaldo kini hanya menjadi pemain simpanan di bawah kendalian Erik ten Hag.
Tumpuan utama Ronaldo tahun ini hanyalah Piala Dunia dan dia perlu menunggu sehingga jendela perpindahan dibuka semula pada Januari bagi mencari kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah. BH
Ronaldo tolak tawaran RM1.09 bilion
Baca Artikel Menarik:
- Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu
- Pemandu bas ditahan rogol kanak-kanan 3 tahun
- Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi
- Akar umbi atau ‘warlord’ Umno lebih penting kepada PM?
- Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang
- PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis
- Khairy calon Parlimen Alor Setar?
- Sami mati dipijak gajah naik minyak
- Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
- Raja Charles III diramal mangkat pada 28 Mac 2026
- Kemunculan pertama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah
- Peniaga Terlampau Lempar Botol Sos Pada Rider
- 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan
You must be logged in to post a comment.