Negara perlu kerajaan kukuh, hadapi kegawatan tahun depan
Negara perlu kerajaan kukuh, hadapi kegawatan tahun depan
Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen Penggal Ke-14 mulai hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan langkah tepat dan wajar.
Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, sebuah kerajaan baharu perlu dipilih bagi mewujudkan kestabilan politik terutama ketika negara bakal berdepan situasi kegawatan ekonomi yang diramal berlaku tahun hadapan.
Justeru, katanya, Malaysia memerlukan kerajaan baharu dengan Kabinet yang mantap bagi menghadapi situasi tersebut, memandangkan kerajaan campuran dilihat tidak sepakat dalam membuat keputusan penting.
“Parlimen Penggal Ke-14 melakar suasana muram kerana belum pernah terjadi berlakunya pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali dan ini telah menjejaskan sosio-ekonomi negara.
“Kini mandat diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang benar-benar berwibawa untuk memulihkan kestabilan politik dan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembubaran Parlimen Ke-14 mulai hari ini atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam pada itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman berkata, kini rakyat diberi kesempatan untuk memilih kerajaan baharu bagi menoktahkan suara-suara sumbang yang sebelum ini mempertikaikan keabsahan kerajaan memerintah.
Menurutnya, kerajaan baharu perlu dipilih bagi mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi dalam menghadapi kemelesetan ekonomi yang dijangka lebih teruk berlaku tahun hadapan.
“Rakyat perlu menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memilih kerajaan yang mampu meneruskan pemerintahan yang lebih baik dan melaksanakan Bajet Keluarga Malaysia 2023,” katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman memuji keputusan Perdana Menteri membubarkan Parlimen bagi menyelesaikan kemelut kerajaan campuran yang dilihat tidak stabil.
Beliau berkata, mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan teguh, stabil dan dihormati selepas PRU15.
“Pembubaran ini wajar dan biarlah mandat rakyat diberikan kerana kita tidak mahu dalam sepenggal, tiga kali Perdana Menteri ditukar dan ini menjejaskan reputasi negara di mata dunia,” katanya. Utusan
Negara perlu kerajaan kukuh, hadapi kegawatan tahun depan
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil
You must be logged in to post a comment.