Terus Pejuang UMNO dan Perkasakan Parti Keramat Walau Tanpa Peruntukan – Presiden UMNO

 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyeru supaya ahli dan penyokong Umno untuk terus memperjuangkan parti itu walaupun tanpa peruntukan khusus mencecah jutaan ringgi.

Menyorot kekalahan dalam PRU 2018, Zahid berkata Umno dan BN sebelum ini telah diserang dan diburuk-burukkan oleh pihak lawan di media sosial.

Justeru, dia berkata ahli dan penyokong Umno juga perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform menyebarkan maklumat yang tepat tentang parti mereka.

“Memperkasakan parti keramat ini dengan fakta dan kebenaran, mencantas kebatilan dan tipu daya pada kos paling minimum.

“Umno-BN mungkin tiada peruntukan khusus sehingga lebih RM40 juta untuk tujuan itu (tapi) saya yakin keikhlasan dan semangat perjuangan seluruh jentera, ahli dan penyokong, kita mampu (melakukannya),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid tidak mengulas lanjut berhubung peruntukan RM40 juta tersebut, tetapi dipercayai merujuk Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang mendapat peruntukan RM40.5 juta dalam Belanjawan 2021.

UMNO perlu terima realiti politik

Ia merupakan penjenamaan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang sebelum ini sering dikritik sebagai penyebar propaganda ketika pentadbiran BN.

Bagaimanapun Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah memberi jaminan jabatan itu tidak akan digunakan untuk propaganda, sebaliknya bagi menyampaikan maklumat dan mendengar maklum balas daripada rakyat.

Mengulas lanjut, Zahid berkata Umno dan BN sudah lama menjadi sasaran serangan dalam talian, iaitu seawal capaian internet di negara ini.

“Tetapi saya yakin rakyat Malaysia hari ini semakin bijak dalam menilai pelbagai dakyah yang disalurkan kepada mereka di media sosial. Mereka sudah boleh tahu dan mula berkira-kira antara fakta dan dusta, pembohongan dan kebenaran.

“Namun saya tetap menyeru seluruh jentera, ahli dan penyokong Umno dan BN tidak lagi berdiam diri dan berlengah,” katanya lagi.

Pas anggap Hadi sebagai wali dan keramat, dakwa Khalid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker