Pas anggap Hadi sebagai wali dan keramat, dakwa Khalid

Keanggotaan parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dianggap sebagai satu gabungan parti yang telah berpaling dari pendirian dan sikap mereka sebelum ini, kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.

Khalid berkata, antaranya ialah perjuangan Pas sebagai parti Islam yang dilihat tidak lain hanya mahu memperjuangkan Melayu Islam, namun tidak mengambil kira salah laku yang berlaku di sekeliling mereka.

Beliau juga menyifatkan matlamat Pas untuk menjadi kerajaan sudah tercapai yang memperlihatkan tindakan parti itu lebih banyak membisu tentang perkara-perkara yang pernah diperjuangkan mereka.

“Sekarang apa sebenarnya dasar dan prinsip perjuangan Pas pun kita tak tahu. Semua okay asalkan mereka terus memerintah dan pegang kerajaan walaupun tak buat apa-apa.

“Matlamat dah tercapai, asalkan duduk dalam kerajaan. Tapi apa sebenarnya peranan mereka dalam kerajaan, saya pun tak tahu,” katanya dalam wawancara bersama Jom Channel semalam.

Membincangkan topik ‘kemana hanyutnya Pas’, Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam mendakwa ahli-ahli Pas mempunyai satu sikap yang terlalu menyanjung Presiden Parti, Datuk Seri Hadi Awang sehingga apa sahaja perlakuan dan ucapannya, tidak berani disanggah.

Menurutnya, sikap ahli Pas sendiri yang menganggap Presiden mereka sebagai ‘ulama luar biasa’ menyebabkan mereka banyak berdiam diri dari memperbetulkan apa yang salah.

“Masalahnya ahli Pas banyak berpegang pada konsep bahawa Haji Hadi ini memang ulama luar biasa. Kita pernah dengar mursyidul am Pas cerita bagaimana Hadi dapat mimpi dan tindakan dia semua berdasarkan mimpi.

“Datangnya hujah-hujah sebegitu rupa, bagaimana mereka (ahli) nak hujah balik. Dia letak Hadi pada tahap begitu tinggi yang dikata sebagai wali dan keramat. Maka apa saja Hadi cakap, tak ada orang boleh sanggah. MD

Isu faedah hutang peneroka: Shahrir anggap Azmin gila korporat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker