Permatang Pauh kekal kerusi tradisi keluarga Anwar?

 

SENARIO politik yang bagaimana barangkali dapat mengatasi pengaruh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh?

Selepas kira-kira 40 tahun bertapak di Parlimen itu, pe­ngaruh politik Anwar bermula daripada parti UMNO ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat terlalu kuat dan tidak mampu digugat.



Anwar sendiri sudah enam kali menjadi Ahli Parlimen kawasan itu sama ada menerusi pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK) bermula 1982 sehingga 2013.

Kerusi itu juga pernah diwa­kili isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebanyak empat kali bermula PRU 1999 dan terakhir pada PRK 2015 sebelum mewariskannya pula kepada anak mereka, Nurul Izzah yang memenanginya dalam PRU14.

Sesuatu yang jelas kerusi itu sentiasa berjaya dipertahan PKR atau lebih tepat keluarga Anwar dalam setiap situasi dan cabaran politik yang berbeza sama ada ketika PRU atau PRK.

Malah ketika ramai yang menjangkakan PRU14 adalah peluang terbaik untuk UMNO merampas semula kerusi itu atas beberapa faktor. Apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Nurul Izzah memenanginya dengan majoriti lebih besar meskipun pertama kali bertan­ding di kerusi tradisi keluarganya tersebut.



PRU14 juga memberi satu lagi isyarat jelas yang mana pe­ngaruh politik keluarga Anwar di Permatang Pauh terlalu kuat dan sukar digugat untuk satu tempoh yang lebih lama.

Ini kerana meskipun Pas turut meletakkan calon dan menyaksikan pertandingan tiga penjuru termasuk dengan calon UMNO, ia tidak menjejaskan sokongan yang diterima oleh Nurul Izzah.

Malah, jika digabungkan jumlah undi yang diterima calon Pas (Afnan Hamimi Taib Azamudden) dan calon UMNO (Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said) pada PRU14 sekali pun, belum mampu menandingi jumlah undi diterima Nurul Izzah.

Keputusan itu juga sekali gus menolak andaian yang mana kemampuan keluarga Anwar bertahan selama kira-kira 40 tahun di Permatang Pauh adalah disebabkan sokongan dan undi ahli-ahli Pas.



Maka, apa yang berlaku pada PRU14 itu juga dengan jelas membayangkan kemungkinan yang akan berlaku di kerusi Permatang Pauh pada PRU15 yang diura-urakan berlangsung sebelum hujung tahun ini.

Dengan pertandingan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) hampir pasti tidak dapat dielakkan melihat kepada pendirian semasa parti-parti politik ketika ini, ia memudahkan lagi laluan kepada PKR mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Persoalan yang tinggal menjelang PRU-15 kini adalah siapa yang menjadi calon PKR di Permatang Pauh, sama ada terus diwarisi oleh keluarga Anwar atau sebaliknya.

Situasi mungkin sedikit berbeza meskipun tidaklah sehingga menyebabkan PKR kehila­ngan kerusi itu jika calon parti itu pada PRU15 kelak bukan lagi daripada keluarga Anwar.



Namun menggantikan kerusi itu dengan calon selain keluarga Anwar bukan keputusan mudah bagi PKR. Apatah lagi Permatang Pauh sudah terlalu sinonim dan menjadi kerusi tradisi keluarganya sejak kira-kira 40 tahun lamanya.

Sementelah Nurul Izzah juga dilihat memainkan peranan yang cemerlang sebagai wakil rakyat di Parlimen itu ketika ini dan disebut-sebut hampir pasti dicalonkan semula di kerusi tersebut dalam PRU15 sekali gus memudahkan lagi peluang PKR amnya dan keluarga Anwar khususnya mempertahan kerusi tradisi mereka itu.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker