Ungkapan ‘Inallillah’ Punca Salah Faham, Datuk ‘M Daud Kilau Stabil Dan Semakin Pulih

Ungkapan ‘Inallillah’ Punca Salah Faham, Datuk ‘M Daud Kilau Stabil Dan Semakin Pulih

KHABAR angin mengenai kematian penyanyi terkenal Datuk M Daud Kilau disifatkan salah faham yang tidak sepatutnya berlaku.

Anak kepada penyanyi berusia 84 tahun itu, Ahmad Zaini berkata, kekeliruan itu berlaku mungkin disebabkan penggunaan foto hitam putih selain ungkapan ‘Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un’ yang cukup sinonim diucapkan apabila berlaku kematian.

“Sejak mesej kematian bapa saya tular di media sosial, kami memang tak menang tangan menjawab banyak panggilan termasuklah daripada Datuk DJ Dave yang inginkan kepastian.

“Sebenarnya kalau tengok pada hantaran yang tular itu tidak mengatakan bapa saya sudah meninggal dunia tetapi ungkapan ‘Inalillah’ dan gambar hitam putih mungkin menyebabkan orang ramai menganggap bapa sudah meninggal dunia.

Ungkapan itu sebenarnya biasa diucapkan jika seseorang ditimpa musibah dan bukan sahaja ketika berlakunya kematian,” katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai perkembangan M Daud, Ahmad Zaini menjelaskan tahap kesihatan bapanya menunjukkan perubahan positif selain tahap oksigennya juga meningkat.

Malah katanya, M Daud sudah boleh bercakap dan menggerakkan badannya walaupun masih lemah.

“Ayah masih menggunakan bantuan oksigen tetapi pada tahap dua, lebih baik daripada sebelum ini.

“Dia juga sudah mula mampu bercakap dan menggerakkan anggota badan. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan melawatnya di hospital,” ujarnya.

M Daud sebelum ini dilaporkan dalam keadaan krtitikal selepas dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak pada Rabu lalu akibat masalah paru-paru berair.mSTAR

Ungkapan ‘Inallillah’ Punca Salah Faham, Datuk ‘M Daud Kilau Stabil Dan Semakin Pulih

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker