Dua remaja maut motosikal bertembung

BALING – Dua remaja maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam kejadian di Jalan Kampung Dalam Wang, Jalan Batu 42 – Tanjung Pari di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, mangsa, Aieman Hakhiem Mohd. Faiz, 15, maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal, Fauzan Azim Yazid, 17, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Daerah Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan mendapati mangsa, Aieman Hakhiem yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz datang dari arah Tanjung Pari dan menghala ke arah Batu 42.



“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Fauzan Azim yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah bertentangan telah masuk ke laluan mangsa pertama dan mengakibatkan perlanggaran,” katanya sini hari ini.

Katanya, kemalangan mengakibatkan Aieman Hakhiem, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bongor meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara Fauzan Azim meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Daerah Baling,” ujarnya.

Tambahnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual



Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker