Capaian liputan 40 peratus 5G akhir tahun ini – Ismail

Capaian liputan 40 peratus 5G akhir tahun ini – Ismail

Digital Nasional Berhad (DNB) menyasarkan capaian liputan 5G di Malaysia mencapai 40 peratus menjelang akhir tahun 2022 dan sebanyak 80 peratus di kawasan berpenduduk menjelang tahun 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, capaian rangkaian 5G kini telah mencapai lebih daripada 30 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

”Kerajaan berharap program pendigitalan yang telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi akan terus dipertingkatkan dalam usaha mengekalkan momentum pendigitalan sedia ada seterusnya memacu agenda pendigitalan negara,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN).

Menurut beliau, mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk membangunkan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) untuk menyokong ekosistem dron dan menjadikan MDTAP30 sebagai agenda nasional.

Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) sebagai agensi penyelaras dan sekretariat MDTAP30 melaporkan kemajuan kepada ahli Majlis melalui Kluster Teknologi Baru Muncul.

Sistem Pengurusan Trafik UAS (UAS-TM) juga akan dibangunkan bagi meningkatkan Kecekapan Proses Pendaftaran Operator Dron untuk meningkatkan pendaftaran UAS menjelang tahun 2030.

Tambah Ismail Sabri, mesyuarat juga mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri seperti kerenah birokrasi yang akan diteliti bagi mengembangkan industri dron negara.

Menurut beliau, industri dron di Malaysia berpotensi menjana pertumbuhan sebanyak RM50.71 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berupaya mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.

Kedua, melaksanakan strategi berkaitan pembangunan Omnibus Act – Public Sector (Data Sharing) Act melalui Dasar Perkongsian Data Sektor Awam (DPDSA) dan Dasar Perkongsian Data Nasional (NDSP) bagi meningkatkan ekosistem perkongsian data negara yang lebih kondusif.

Ketiga, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terus diperkasakan melalui pendigitalan dan satu rangka kerja berintegrasi. Berikutan itu, satu mekanisme Penyelesaian Pertikaian Dalam Talian (ODR) diwujudkan bagi mengadili dan menyelesaikan tuntutan kecil dan meningkatkan aktiviti e-dagang merentas sempadan.

Penubuhan pusat sehenti juga akan mempermudahkan akses program sokongan pendigitalan kepada para PKS, selain itu, status pekerja ekonomi gig juga akan sentiasa dipantau untuk memastikan golongan ini mempunyai jaminan dari segi kewangan dan perlindungan undang-undang yang mencukupi.

Keempat, kerajaan juga akan memperkukuhkan kerjasama dengan Microsoft Malaysia dalam bidang keselamatan siber dan kes penipuan dalam talian bagi menyokong visi pembangunan digital negara.

”Program yang akan dilaksanakan secara menyeluruh kepada seluruh Keluarga Malaysia termasuk forum kesedaran, bengkel kemahiran dan latihan teknikal bagi sektor awam serta swasta,” ujarnya.

Kelima, menubuhkan Jawatankuasa Ekonomi Perkongsian yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menyelaras inisiatif dan program berkaitan Ekonomi Perkongsian di peringkat nasional melibatkan sektor awam, swasta, komuniti dan akademik. MG

Capaian liputan 40 peratus 5G akhir tahun ini – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker