Berjumpa abang kandung selepas 58 tahun terpisah
MARANG: Tiada kata dapat diungkapkan seorang peniaga, Hamsiah Mohamad, 58, sebaik sahaja melihat sosok tubuh lelaki yang seiras wajahnya berada di depan mata, semalam.
Apa tidaknya, lelaki berketurunan Cina itu, Ling Kok Ong, yang kini berusia 66 tahun merupakan abang kandungnya yang telah terpisah sejak Hamsiah dilahirkan lebih 50 tahun lalu.
Hadir bersama isteri, Josephine Ng, 62, Kok Ong berkata, usaha mencari adik kandungnya itu bermula dengan kunjungan ke tempat mereka membesar di Bukit Besi, Dungun, 17 Ogos lalu.
Kok Ong yang kini menetap di Singapura menjelaskan, hasil maklumat penduduk di situ dia dimaklumkan Hasmiah kini mengusahakan kedai makan di Bukit Payung dekat sini.
“Penduduk di situ memberitahu keluarga angkat Hamsiah yang berketurunan Melayu sudah berpindah sebelum dibantu oleh Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun yang mengatur pertemuan ini.
“Kami terus datang ke sini dan tidak sangka dapat berjumpa semula dengannya. Saya membuat panggilan video bersama ibu serta adik beradik lain di Singapura dan mereka sangat terharu.
“Mereka mengatakan wajah kami seiras dan berhasrat membawa Hamsiah menziarahi ibu kandung kami di Singapura walaupun bapa sudah lama meninggal dunia,” katanya.
Hamsiah turut tidak dapat menggambarkan perasaannya apabila bertemu dengan Kok Ong buat pertama kali setelah terpisah selama 58 tahun.
Katanya, dia tidak menyangka dapat mengenali atau berjumpa keluarga kandungnya kerana sudah terpisah sejak sekian lama dan dijaga keluarga angkat sejak bayi.
“Saya tahu status sebagai anak angkat pada usia 15 tahun namun kasih sayang dicurahkan keluarga angkat tidak pernah berkurang sejak kecil sehingga menginjak dewasa,” ujar ibu kepada dua anak itu.
Ibu bapa kandung Hamsiah difahamkan bekerja di Bukit Besi, Dungun sebelum diserahkan kepada suami isteri Melayu yang juga jiran kepada mereka ketika itu untuk dijadikan anak angkat. -UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib fail petisyen pengampunan, status Ahli Parlimen kekal – Azhar
- Rai Merdeka, dua karya anak Malaysia dalam Netflix
- PAS tolak guna logo biru tua Perikatan Nasional
- PAS usah berlagak suci, putar belit isu jemputan ke muktamar – Umno Kedah
- Kena ‘Palau’, Pengetua SMK Senaling akan ambil tindakan undang-undang
- KJ bakal berhadapan dengan Anwar di Port Dickson?
- Kami akan buka semula 15 kes digugur PH
- Sering Tampil Berbogel, Ini Respon Anak-Anak Terhadap Britney Spears
- Puteri Balqis Dakwa Kena Gangguan Seksual Bapanya
- Najib tentera siber terbaik – Puad
- Noh kongsi gambar anak, ayat curang Mizz Nina
- Seksinya tayang ‘aset’, Eyka Farhana ke tu?
- Jangan meludah ke langit – Noh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas
You must be logged in to post a comment.