Puteri Balqis Dakwa Kena Gangguan Seksual Bapanya

Puteri Balqis Dakwa Kena Gangguan Seksual Bapanya

Pelakon berbakat Puteri Balqis menerusi sesi podcast bersama dua pengacara membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapanya yang tidak diketahui ramai.

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mendakwa bapanya seorang yang pemalas, tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa bermain permainan video.

Selain dipukul, bapanya juga didakwa dengan selamba membuka video lucah dan mengajaknya menonton bersama. Dakwa pelakon ini lagi, dia juga sering diraba dan dicium.

Dakwaan yang dibuat pelakon remaja itu telah mengundang respon Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Menerusi laporan Kosmo!, Rina berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan rasmi dan dia juga hanya mengetahui dakwaan itu melalui media.

Jika betul ada, kita akan panggil dia dan bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Jelasnya, jika ada laporan pihaknya bersedia memanggil pelakon remaja itu untuk siasatan lanjut.

Tambah Rina Harun, jika dakwaan itu benar, ianya amat menyedihkan kerana ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung dan membimbing anak-anak.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun ini, kanak-kanak perempuan paling ramai menjadi mangsa penderaan seksual. OM

Puteri Balqis Dakwa Kena Gangguan Seksual Bapanya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker