KJ aset UMNO – Reezal Merican

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rembau disifatkan sebagai “aset politik” kepada Umno untuk membawa kemenangan kepada parti pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ahli Parlimen Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican.

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu, menyifatkan “senario terburuk” bagi menteri kesihatan itu tidak bertanding dianggap satu kerugian.

Katanya, beliau menggambarkan Khairy sebagai seorang rakan menteri yang sering memberi hujah bernas dalam mesyuarat Kabinet.



“Kepimpinan beliau juga diiktiraf di peringkat antarabangsa hingga membolehkan beliau dipilih sebagai naib presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75, pada Mei 2022 lalu.

“Selain itu, KJ (merujuk Khairy) juga dilihat sebagai personaliti yang boleh memberi keseimbangan untuk menarik pengundi khususnya kumpulan belia 18 tahun dan pengundi kali pertama,” katanya di Facebook.

Katanya, Khairy mempunyai ‘aura’ tersendiri yang mampu mengekalkan momentum kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Seperti manusia lain juga, KJ tidak sempurna tetapi saya yakin keupayaan dan kebolehan KJ sebagai seorang pemimpin akan terus menjadi aset politik yang cukup penting untuk kemenangan parti dalam PRU15,” katanya.



Hari ini, Khairy ‘dipelawa’ bertanding di Parlimen Seremban memandangkan hasrat itu sudah dinyatakan berulang kali di peringkat akar umbi, termasuk pucuk pimpinan parti.

Ketua Pemuda Umno Seremban Zool Amali Hussin berkata, perlawaan itu dibuat apabila menteri kesihatan itu hari ini mengakui bakal ‘berpindah’ ke kawasan Parlimen lain, selepas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dikatakan mahu bertanding di kerusi yang disandangnya.

“Kita semua tahu bahawa Rembau pasti akan jadi milik Tok Mat (Mohamad). Bagi saya Tok Mat dan Khairy adalah pemimpin tersohor dilahirkan Umno.

“Amat rugi jika Khairy tidak bertanding pada PRU15 (pilihan raya umum ke-15), dan saya harap impian Umno untuk bertanding di Seremban dapat tercapai, sekali gus mampu memberikan satu kerusi untuk BN (Barisan Nasional) dalam membentuk kerajaan kelak,” katanya memetik Utusan Malaysia.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker