MAIWP terkejut ‘asnaf’ tinggal di kondo T20

MAIWP terkejut ‘asnaf’ tinggal di kondo T20

Bergelut masalah kewangan dan memerlukan bantuan zakat, namun apabila dijejaki, asnaf tersebut rupa-rupanya tinggal di kawasan dengan nilai hartanah tinggi.

Itu kisah dikongsikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhubung sebuah keluarga dikatakan memerlukan bantuan zakat dan sebaik Skuad Jejak Asnaf menjejaki mereka mendapati lokasi kediaman adalah sebuah kondominium di ibu negara.



“Setibanya di lokasi, kami terkejut apabila melihat nilai hartanah di tempat itu. Secara pratikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian.

“Kebanyakan daripada mereka memberikan alasan tinggal di tempat tersebut disebabkan faktor keselesaan dan keselamatan keluarga, selain lokasinya berdekatan sekolah anak,” katanya pada hantaran Facebook.

Dalam pada itu, MAIWP menjelaskan, hasil dapatan maklumat yang diperolehi, mereka menghuni kediaman tersebut dengan bayaran sewa secara bulanan serta bukannya rumah pusaka mahupun menerima ihsan tinggal percuma daripada orang lain.

“MAIWP menasihatkan kepada mereka di luar sana yang terkesan atau berada dalam kesempitan perlu bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup.



“Kita seharusnya bijak menyesuaikan di antara keperluan dan juga kehendak seiring dengan kemampuan semasa. MAIWP sentiasa ada untuk membantu bagi meringankan beban dan kesusahan hidup yang mereka alami,” ujarnya. K Online

MAIWP terkejut ‘asnaf’ tinggal di kondo T20


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker