Dakwaan guru protes di Senaling, polis, PPD mulakan siasatan

Dakwaan guru protes di Senaling, polis, PPD mulakan siasatan

Satu laporan polis telah dibuat bagi menyiasat kain rentang yang digantung di pagar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senaling, Kuala Pilah yang menggesa pihak berkaitan memindah pengetua dan guru kanan sekolah tersebut.

ADUN Senaling, Adnan Abu Hassan berkata, laporan dibuat bagi mendapatkan kebenaran menyiasat mengenai aduan tersebut.



“Tular kain rentang digantung di pagar SMK Senaling yang meminta supaya pengetua dan guru kanan pentadbiran dipindahkan.

“Pihak saya telah menghubungi pengarah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenai perkara ini dan PPD telah turun ke SMK Senaling dan membuat siasatan mengenai protes tersebut,” katanya di Facebook.

Jelas Adnan, makluman awal mengatakan majoriti guru tidak bersetuju dengan kenyataan dituliskan pada kain rentang tersebut, namun beliau menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Pejabat ADUN Senaling akan memantau isu ini bagi memastikan isu sebenar dapat diselesaikan dalam keadaan yang baik,” katanya.



Sejak semalam, tular gambar kain rentang berkenaan yang mendakwa luahan dan rasa tidak puas hati guru di sekolah itu terhadap pengetua dan guru kanan.

Antara yang ditulis adalah guru sekolah memohon Kementerian Pelajaran (KPM) dan Jabatan Pendidik Negeri (JPN) supaya memindahkan kedua-dua guru terbabit dengan kadar segera.

Ia bertujuan mengelak guru daripada tertekan dan sakit hati akibat tindakan kedua-dua pihak pentadbir sekolah yang menindas serta mengugut guru. FMT

Dakwaan guru protes di Senaling, polis, PPD mulakan siasatan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker