Apakah Pas tak yakin dengan PN – Kamarol

Apakah Pas tak yakin dengan PN – Kamarol

Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bahawa pengundi dan penyokong Pas alah dengan warna logo Perikatan Nasional (PN) menimbulkan persoalan berhubung keyakinan parti itu terhadap gabungan politik yang disertainya.

Setiausaha Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Kamarol Salleh menyifatkan kenyataan itu sebagai perbuatan dayus dalam berpolitik.



“Alasan tidak mahu pengundi keliru dan alergik dengan warna biru tua ini, terang lagi bersuluh menunjukkan Pas sendiri tidak yakin dengan PN, inikan pula nak yakinkan rakyat?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Sanusi ketika berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas pada 1 September lalu menyatakan, Pas telah memohon untuk menukar logo kerana orang Pas dikatakan alah dengan warna biru logo PN yang hampir menyerupai Barisan Nasional (BN).

Kamarol menambah, Pas juga didakwa tidak yakin dengan PN berikutan kenyataan timbalan presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa partinya dan UMNO tidak pernah bercadang membubarkan Muafakat Nasional (MN).

“Kunci kejayaan MN sebenarnya adalah kestabilan dan kepercayaan. Tapi, Pas sendiri yang menenggelamkan kepercayaan tersebut dengan menganggotai PN naungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



“Akan tetapi sekarang Pas menyuruh PN untuk menukarkan warna logo atau mereka akan berpegang kepada logo Pas,” jelasnya.

Beliau turut meminta Pas agar tidak sekadar ‘main selamat’ dalam politik dan jangan mementingkan diri sendiri sahaja.

“Siapa lagi ‘kawan’ yang akan menjadi mangsa khianat dan politik dayus Pas selepas ini? Biarlah rakyat menilai dengan matang perjuangan politik sebenar di negara ini,” katanya.

Kamarol berkata, pucuk pimpinan Pas secara tidak sengaja telah menunjukkan warna sebenar mereka namun pengundi Melayu kini lebih bijak menilai. MG



Apakah Pas tak yakin dengan PN – Kamarol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker