Seorang maut, lima parah nahas empat kenderaan

Seorang maut, lima parah nahas empat kenderaan

SUNGAI SIPUT – Seorang remaja perempuan maut manakala lima yang lain cedera dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 39.7, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia adalah penumpang kereta jenis Perodua Axia dikenali Nur Aisyah Idris, 18, manakala kakaknya yang berusia dalam lingkungan 20-an yang memandu kenderaan itu cedera.



Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, nahas berlaku ketika kereta dinaiki dua beradik itu dalam perjalanan dari arah Sungai Siput ke Kuala Kangsar.

Katanya, semasa berhenti di simpang jalan untuk masuk ke kanan, sebuah lori dari belakang dipercayai hilang kawalan dan melanggar kereta mereka.

“Rempuhan itu menyebabkan kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta jenis Honda City dan Perodua Alza.

“Mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian manakala kakaknya cedera. Empat penumpang kereta Perodua Alza turut cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 1.53 tengah hari. K Online

Seorang maut, lima parah nahas empat kenderaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker