Asyraf sekolahkan Adam Adli
Asyraf sekolahkan Adam Adli
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim diingatkan bahawa tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil dividen khas RM30 bilion daripada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada 2019 di samping dividen awal RM24 bilion telah menyebabkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mengalami defisit.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keuntungan Petronas pada tahun tersebut hanya RM40.5 bilion.
“Berbeza pada tahun ini yang mana keuntungan bersih Petronas dijangka mencecah RM80 bilion.
“Jadi kalau Petronas bayar RM50 bilion dividen sekali pun (termasuk RM25 bilion dividen awal yang sudah diumum), akaun Petronas masih lagi surplus (lebihan) RM30 bilion,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Adam Adli dalam satu kenyataan hari ini mempersoalkan sama ada Asyraf Wajdi akan mengkritik kerajaan kerana menerima dividen khas sebanyak RM25 bilion daripada Petronas.
Asyraf Wajdi menambah, Pemuda UMNO ketika itu menyanggah tindakan kerajaan PH mengambil wang rizab Petronas dan bukannya dari hasil keuntungan sehingga menyebabkan kedudukan kewangan syarikat itu mengalami defisit.
“Mungkin adinda saya ini tidak sedar ia adalah punca mengapa agensi penarafan menurunkan taraf Petronas pada tahun tersebut disebabkan tindakan ini,” jelasnya.
Beliau memberitahu, tindakan kerajaan PH mengambil dividen khas Petronas itu sebenarnya berpunca daripada kesilapan mereka sendiri.
Asyraf Wajdi memberitahu, sekiranya PH tidak mengambil langkah populis menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) secara mengejut tanpa sebarang penggantian cukai lain secara serta merta, sudah tentu tidak timbul isu kekangan kewangan kerajaan ketika itu.
“Namun, ia berbeza pada hari ini. Pada hari ini keperluan kerajaan adalah untuk mengawal inflasi.
“Masalah inflasi ini adalah masalah seluruh dunia disebabkan gangguan bekalan. Dan cara paling berkesan adalah dengan menyalurkan subsidi bersasar kepada barangan asas dan utama,” jelasnya. MG
Asyraf sekolahkan Adam Adli
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3