Nabila Razali Kini Pemilik Vespa 946 Dior ‘Special Edition’, Harga Cecah Ratusan Ribu! [VIDEO]

Nabila Razali Kini Pemilik Vespa 946 Dior ‘Special Edition’, Harga Cecah Ratusan Ribu!

“HADIAH hari jadi tahun ini”, ujar pelantun lagu Pematah Hati itu berkongsi beberapa keping imej bersama Vespa edisi terhad Vespa 946 Dior di laman Instagram miliknya.

Perkongsian Nabila Razali di akaun YouTube, Vespa edisi terhad itu bukanlah model Vespa pertama yang dimilikinya kerana sebelum ini dia telah miliki sebuah Vespa Primavera Sean Wotherspoon Edition.

Tambah Nabila lagi, dia terpaksa menunggu hampir setahun untuk memiliki “baby Dior” tersebut dan amat teruja melakukan sesi unboxing skuter jenama mewah itu.

Instagram nabila.razali

Untuk rekod, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar merupakan individu pertama memiliki skuter edisi terhad berkenaan di Malaysia tahun lalu.

Vespa 946 Christian Dior menampilkan pelana tunggal dengan motif Dior Oblique. Warna badan putih dipadankan dengan kemasan emas pada bahagian tayar, bingkai fairing depan, rim, cermin sisi, terotel dan rak belakang.

Hasil pencarian di mudah.my, harga Vespa 946 Christian Dior tersebut berharga RM400,000.

Umum mengetahui Sultan Johor merupakan peminat automotif dan memiliki pelbagai jenis koleksi motor dan kereta.

Selain model baharu tersebut, Sultan Ibrahim juga memiliki pelbagai model Vespa daripada klasik hingga model terkini.

Sumber Foto: Nona

Jenama Vespa sering berkolaborasi dengan berbagai jenama fashion, seperti Emporio Armani.

Terkini skuter edisi terhad itu menjalankan kolaborasi bersama Christian Dior.

Dalam sesi unboxing, Nabila turut berkongsi keistimewaan skuter berkenaan yang turut didatangkan dengan kotak belakang dengan logo Dior serta aksesori seperti helmet dan beg Dior.

Instagram nabila.razali

Istimewanya skuter tersebut turut meletakkan nama pemilik pada bahagian sisi.

Sekadar info, Vespa 946 Christian Dior menggunakan enjin 155cc penyejukan udara, satu silinder ouput 12.9hp @ 7,750rpm dan tork 12.8Nm @ 6,500rpm dengan pecutan maksimum mampu dicapai sehingga 96km/j.

Tak sabar nak lihat Nabila Razali bersiar-siar menaiki Vespa 946 Christian Dior yang menampilkan fashion statement elegan untuk seorang wanita.

Penulis terbayang siri Emily In Paris pula bila bercerita soal Vespa ini! – Nona

Nabila Razali Kini Pemilik Vespa 946 Dior ‘Special Edition’, Harga Cecah Ratusan Ribu!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker