Muhyiddin dakwa Ismail mungkin bentang bajet 2023 dan kemudian bubarkan parlimen
Muhyiddin dakwa Ismail mungkin bentang bajet 2023 dan kemudian bubarkan parlimen
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengambil alih tanggungjawab Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada 7 Okt, menurut Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.
Bekas perdana menteri itu juga mendakwa langkah tersebut menunjukkan Ismail Sabri mungkin membubarkan parlimen tidak lama lagi dan tiada perbahasan belanjawan berlangsung pada sidang Dewan Rakyat akan datang, yang akan bermula tiga minggu lebih awal pada 3 Okt.
“Saya dimaklumkan rakan kabinet kata perdana menteri nak bentangkan bajet. Yang biasa bajet dibentang menteri kewangan, itu satu. Biasanya dibentangkan pada hujung Oktober.
“Sekarang ini nak dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.
“Kedua diawalkan pada 7 Oktober. Cuba tanya kenapa buat begitu? Saya yang tak berapa cerdik ni , saya fikir kemungkinan besar selepas 7 Oktober bentang, tidak ada perbahasan bajet di parlimen, sebab besoknya parlimen akan dibubarkan.
“Macam mana? Ya atau tidak apa saya sebut tak penting. Tapi yang penting pilihan raya tak berapa lama lagi,” kata Muhyiddin.
Mengikut kebiasaan, belanjawan dibentangkan oleh menteri kewangan dan kadangkala tugas itu diambil alih oleh perdana menteri yang juga menerajui Kementerian Kewangan. Bagaimanapun, Ismail Sabri bukan menteri kewangan.
Kerajaan pada mulanya menetapkan 26 Okt untuk persidangan Dewan Rakyat seterusnya dan 28 Okt untuk membentangkan belanjawan. Mk
Muhyiddin dakwa Ismail mungkin bentang bajet 2023 dan kemudian bubarkan parlimen
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita
- Maut dipukul majikan dengan topi keledar
- Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
- Rafizi cabar Latiff samannya mengenai Zainab
- Penganggur dihukum mati bunuh nenek berusia 85 tahun selepas rogol, liwat
- Senarai 14 kes pemimpin PH digugurkan ketika berkuasa – Asyraf Wajdi
- Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]
- Mengapa Najib dibiarkan bersendirian?
- Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
- Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022
- Tak jadi nikah 2 lepas isteri tunjuk slip gaji berbaki RM800
- Penulis ‘Billion Dollar Whale’ lancar pemburuan Jho Low
- Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung
Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.