Lengahkan tarikh PRU15, mungkin makan diri Ismail – penganalisis
Lengahkan tarikh PRU15, mungkin makan diri Ismail – penganalisis
Tindakan melengahkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) boleh “memakan diri” Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, penganalisis politik memberi amaran.
Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, walaupun ia mampu melemahkan pengaruh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak dalam parti, namun taktik itu juga mempunyai kesan baik dan buruk.
Katanya, Zahid kini satu-satunya pencabar Ahli Parlimen Bera itu untuk jawatan perdana menteri, selepas Najib dipenjara atas kesalahan rasuah pada Selasa lalu.
“Tetapi parti itu boleh kehilangan populariti dan goyah kerana Najib kekal berpengaruh terutama di media sosial,” katanya kepada FMT.
Ahad lalu, Ismail berkata PRU berkemungkinan “dilewatkan” susulan kontroversi pembelian kapal pesisir laut (LCS).
Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan parti lawan memperalatkan isu terbabit seperti mana mereka menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018.
Ismail juga dilaporkan berkata PRU hanya akan diadakan apabila negara ini “sudah bersedia”.
Awang Azman menyifatkan langkah melewatkan PRU bukan hanya disebabkan isu LCS sahaja sebaliknya isu yang berlaku dalam parti, khususnya Umno turut menjadi punca cadangan melewatkan tarikh pilihan raya dibuat.
Iskandar Hasan Tan Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan pula berpendapat, tindakan menangguhkan pilihan raya adalah strategi kumpulan tertentu di Perikatan Nasional (PN) dan BN yang ingin kekal berkuasa dalam kerajaan pusat.
Namun seperti Awang Azman, Iskandar juga berkata taktik itu boleh menghantui BN.
Ini kerana, kini lebih ramai pengundi muda yang arif menggunakan media sosial dan “rasional” dalam kecenderungan politiknya. Kumpulan ini, katanya, tidak gemar dengan “cara politik lama”.
“Ia boleh menyaksikan BN kehilangan sokongan pengundi muda.”
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpendapat, BN bakal berdepan dengan dua situasi jika melambatkan PRU15.
Satu, lebih banyak kontroversi lain akan timbul selain LCS yang boleh dimanfaatkan pembangkang.
“Tetapi BN dan kerajaan juga boleh mempertahankan diri berdepan dengan isu itu,” katanya. FMT
Lengahkan tarikh PRU15, mungkin makan diri Ismail – penganalisis
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita
- Maut dipukul majikan dengan topi keledar
- Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
- Rafizi cabar Latiff samannya mengenai Zainab
- Penganggur dihukum mati bunuh nenek berusia 85 tahun selepas rogol, liwat
- Senarai 14 kes pemimpin PH digugurkan ketika berkuasa – Asyraf Wajdi
- Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]
- Mengapa Najib dibiarkan bersendirian?
- Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
- Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022
- Tak jadi nikah 2 lepas isteri tunjuk slip gaji berbaki RM800
- Penulis ‘Billion Dollar Whale’ lancar pemburuan Jho Low
- Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung
Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]