Asyraf Wajdi kata UMNO tidak sewenang-wenang pecat sesiapa
KUALA LUMPUR: UMNO tidak boleh sewenang-wenangnya memecat sesiapa kerana parti itu mempunyai sistem dan proses tertentu.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setiap anggota parti harus berpegang kepada keputusan parti.
Justeru, beliau mengingatkan jangan ada sebarang komen yang cuba menunjukkan seolah-olah keputusan parti itu dibuat oleh individu.
“UMNO tidak seperti sesebuah parti yang mana keputusan itu dibuat oleh satu atau dua individu,” katanya kepada pemberita selepas sesi Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.
Pada Sabtu, Sesi Taklimat khas dianjurkan sebagai tanda solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dipenjarakan di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi hukuman 12 tahun dalam kes SRC International Bhd.
Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO menuduh Ismail Sabri sebagai tidak bersungguh-sungguh dalam kes Najib.
Ulas Asyraf Wajdi, keputusan parti itu dibuat secara kolektif Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Dalam pada itu, menurutnya, UMNO mesti berpegang kepada prinsip solidariti sebagai asas bagi mengekalkan kestabilan serta mengelakkan perpecahan dalam parti.
Ujar beliau, prinsip solidariti yang dilaungkan dalam sesi Taklimat Khas itu amat penting bagi UMNO dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.
“Asasnya UMNO mesti berpegang pada prinsip solidariti. Kita tidak boleh berpecah belah dan yang paling penting sekali, apabila kita hendak menawarkan kestabilan demi kemakmuran rakyat, dalaman UMNO sendiri pun perlu stabil.
“Saya percaya apa yang dizahirkan pada hari ini kita dapat lihat bahawa akar umbi hingga ke pimpinan sebenar, semuanya bersatu hati dan tidak ada isu picisan-picisan yang boleh memecahbelahkan parti itu sendiri,” ujarnya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita
- Maut dipukul majikan dengan topi keledar
- Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
- Rafizi cabar Latiff samannya mengenai Zainab
- Penganggur dihukum mati bunuh nenek berusia 85 tahun selepas rogol, liwat
- Senarai 14 kes pemimpin PH digugurkan ketika berkuasa – Asyraf Wajdi
- Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]
- Mengapa Najib dibiarkan bersendirian?
- Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
- Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022
- Tak jadi nikah 2 lepas isteri tunjuk slip gaji berbaki RM800
- Penulis ‘Billion Dollar Whale’ lancar pemburuan Jho Low
- Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung
Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.