Dituduh bisnes air liur, Najib beri kelas percuma
Dituduh bisnes air liur, Najib beri kelas percuma
Biarpun berdepan dengan kecaman dan dakwaan ‘bisnes air liur, Najib Asaddok tidak mahu mengalah sebaliknya dia semakin bersemangat untuk membantu orang ramai terutama di kalangan usahawan.
Jurulatih pemasaran dalam talian itu mengajui dia banyak menerima mesej melalui emel dan media sosial daripada golongan yang meluahkan rasa risau dan gelisah mengenai keadaan bisnes mereka ketika ini.
Najib, 39, atau nama sebenarnya Mohd. Najib Asaddok berkata, atas inisiatif ingin membantu, dia menganjurkan program Mega Momentum Bisnes 2022 (MMB 2022) yang dihadiri 1,000 usahawan secara percuma di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini.
Menerusi program itu, dia memberitahu, peserta diberikan strategi-strategi terkini berkaitan pemasaran dalam talian yang peniaga boleh gunakan dengan mudah.
“Dalam sesi MMB 2022 peserta fokus bagaimana mereka boleh menggunakan platform media sosial terutamanya untuk menarik perhatian pelanggan dan tingkatkan jualan walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar ini.
“Kami dimaklumkan ada yang tidak dapat hadir sesi ini atas faktor kesihatan, urusan keluarga dan kerja hujung minggu.
“Keadaan ini buat saya terfikir untuk buat sesuatu supaya dapat sampaikan juga strategi dan teknik pemasaran dalam talian kepada peniaga yang sangat memerlukan,” katanya.
Baru-baru ini, tular apabila Najib menerima pertanyaan netizen yang mempersoalkan perniagaan apa yang dijalankannya sudah berjaya hingga layak mengajar orang lain tentang ilmu pemasaran.
Dia juga mengambil tindakan saman terhadap provokasi melampau yang dicetuskan terhadapnya oleh pengguna aplikasi sosial TikTok, @ farqhan.com. Insiden tersebut berlaku ketika beliau sedang menjalankan sesi perkongsian ilmu perniagaan secara siaran langsung di TikTok pada 10 Ogos lalu.
Sementara itu, Najib menerusi syarikatnya Momentum Internet truut membina platform E-Learning khas yang dinamakan Momentum Roket di MMB 2022 bagi membantu peniaga untuk belajar dan membuat rujukan strategi serta teknikal pemasaran dalam talian pada bila-bila masa.
“Momentum Roket ini memudahkan peniaga untuk belajar teknik dan strategi pemasaran terkini dan boleh diakses dari mana-mana sahaja selama 24 jam sehari.
Video-video terbaharu dimuat naik setiap bulan untuk terus bantu peniaga-peniaga dapat info dan strategi terkini.
“Momentum Roket memudahkan peniaga kerana mereka tidak lagi perlu menunggu hari program atau kelas untuk belajar strategi dan teknikal.
Tidak perlu risau sibuk atau tidak sempat, sebab semuanya bergantung pada peniaga untuk akses bila-bila saja.
Terdapat juga komuniti untuk bertanya soalan dan pendapat,” katanya.
Platform ini juga mempunyai komuniti khas di dalamnya untuk bertanya soalan dan juga bertukar pendapat dengan orang lain.
Momentum Roket ini dilengkapi dengan sistem webinar, dimana para peniaga boleh sertai kelas secara dalam talian di dalam platform tersebut.
Momentum Roket yang boleh di akses secara percuma selama 14 hari ini boleh didapati melalui www.momentumroket.com untuk beri peluang pada peniaga dan
Usahawan untuk mencuba terlebih dahulu dan tiada sebarang caj dikenakan dan bila bila masa langganan boleh dihentikan. MG
Dituduh bisnes air liur, Najib beri kelas percuma
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita
- Maut dipukul majikan dengan topi keledar
- Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
- Rafizi cabar Latiff samannya mengenai Zainab
- Penganggur dihukum mati bunuh nenek berusia 85 tahun selepas rogol, liwat
- Senarai 14 kes pemimpin PH digugurkan ketika berkuasa – Asyraf Wajdi
- Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]
- Mengapa Najib dibiarkan bersendirian?
- Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
- Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022
- Tak jadi nikah 2 lepas isteri tunjuk slip gaji berbaki RM800
- Penulis ‘Billion Dollar Whale’ lancar pemburuan Jho Low
- Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung
Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]