Keputusan penghakiman Rosmah pula tular
Keputusan penghakiman Rosmah pula tular
Sebelum ini dokumen penghakiman terhadap kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. tular di media sosial sebelum keputusan rasmi dibacakan di Mahkamah Persekutuan pada Selasa.
Hari ini kejadian yang sama berulang, dokumen yang didakwa kertas keputusan penghakiman berkaitan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion tular di media sosial.
Dokumen terdiri daripada tiga muka surat kertas keputusan kes berkenaan mula disebarkan portal Malaysia Today hari ini.
Keputusan kes berkenaan sepatutnya dibacakan di Mahkamah Tinggi pada 1 September ini.
Menurut pengendali portal tersebut, Raja Petra Kamaruddin, keputusan bersalah Rosmah telah pun ditulis dalam keputusan penghakiman itu.
“Anda boleh melihat ringkasan tiga muka surat penghakiman bertulis 74 halaman di bawah. Bagaimanapun, penghakiman bertulis tidak ditulis oleh hakim bicara.
Ia ditulis bagi pihak hakim bicara oleh seseorang atau orang yang tidak dikenali.
Tugas hakim hanya menyampaikan keputusan minggu depan,” kata Raja Petra Kamaruddin.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada tiga helai dokumen yang dikongsi beliau dalam portal itu tulen atau sebaliknya.
Sehingga berita ini ditulis, masih belum terdapat sebarang kenyataan daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berhubung pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin di portal terbabit.
Sebelum ini, pada 23 Ogos lalu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menjelaskan dokumen tular yang didakwa kertas keputusan kehakiman berkaitan kes rayuan Najib adalah draf yang belum dimuktamadkan.
Pihaknya turut mengesahkan dokumen berupa draf kerja penghakiman bocor dan diubah suai.
Penjelasan itu susulan laporan portal Malaysia Today bertajuk Najib Razak’s SRC Appeal: THE JUDGEMENT yang disiarkan pada hari sama keputusan Najib dibacakan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada sebelah petang.
“Pejabat ini mendapati penghakiman disiarkan portal itu adalah suatu draf kerja bagi penghakiman dalam tiga rayuan berhubung kes Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak v PP yang bocor kepada pihak media.
“Pejabat ini mengesahkan draf kerja penghakiman yang bocor itu adalah draf kerja yang belum dimuktamadkan.
“Penghakiman muktamad hanya disampaikan di mahkamah terbuka pada lebih kurang empat jam pada tarikh sama. Didapati dokumen yang bocor itu sudah diubah suai,” katanya dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan Pemuda UMNO akan membuat laporan polis berhubung penularan satu dokumen yang didakwa keputusan penghakiman Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan terhadap kes Najib.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, laporan polis tersebut dibuat agar siasatan segera dapat dilakukan terhadap penularan dokumen terbabit.
“Amat memeranjatkan apabila tular satu dokumen yang dikatakan satu kertas keputusan penghakiman Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Kes SRC Datuk Seri Najib Razak walaupun prosiding mahkamah masih berjalan,” katanya. MG
Keputusan penghakiman Rosmah pula tular
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita
- Maut dipukul majikan dengan topi keledar
- Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
- Rafizi cabar Latiff samannya mengenai Zainab
- Penganggur dihukum mati bunuh nenek berusia 85 tahun selepas rogol, liwat
- Senarai 14 kes pemimpin PH digugurkan ketika berkuasa – Asyraf Wajdi
- Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]
- Mengapa Najib dibiarkan bersendirian?
- Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
- Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022
- Tak jadi nikah 2 lepas isteri tunjuk slip gaji berbaki RM800
- Penulis ‘Billion Dollar Whale’ lancar pemburuan Jho Low
- Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung
Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]