Kata dua kepada Ismail palsu – Shahril
Kata dua kepada Ismail palsu – Shahril
‘Berita palsu dan hanya cerita sensasi semata-mata’. Itu jelas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengenai beberapa laporan berita yang mendakwa mesyuarat biro politik UMNO yang diadakan Rabu lalu membuat ketetapan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Laporan berasaskan ‘sumber’ semata-mata mensensasikan cerita tidak sepatutnya dijadikan asas untuk melapor berita.
“Butiran perbincangan dalam mesyuarat ialah rahsia. Sebagai pemegang jawatan, kami tidak boleh membocorkan butiran semata-mata mahu menjadi ‘reporter’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Media hari ini melaporkan ada pemimpin UMNO yang hadir pada malam itu meninggikan suara terhadap Ismail Sabri, khususnya berkaitan hukuman penjara terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah jelas Shahril, tidak ada sebarang kebenaran dalam dakwaan tersebut kerana apa yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah rahsia dan tidak boleh dibocorkan kepada umum khususnya media.
“Untuk jelas, tidak ada sebarang kebenaran dalam dakwaan bahawa Biro Politik mendesak atau memberi amaran kepada Perdana Menteri apatah lagi pemecatan seorang PM dari UMNO.
“Melainkan sebarang kenyataan rasmi, sebarang kenyataan lain apatah lagi sebagai ‘sumber’, tidak boleh disifatkan sebagai benar.
Agenda pihak-pihak tertentu untuk memecahbelahkan UMNO atau menggambarkan seolah-olah kepimpinan UMNO bergaduh tidak perlu dipercayai,” katanya lagi.
Beberapa jam lalu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya bakal mengambil tindakan untuk menyaman Malaysiakini dan Awani berhubung artikel yang disiarkan oleh kedua-dua agensi media terbabit.
Asyraf merasakan artikel yang ditulis oleh media tersebut bersifat fitnah, tidak bertanggungjawab dan tidak beretika. MG
Kata dua kepada Ismail palsu – Shahril
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita
- Maut dipukul majikan dengan topi keledar
- Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
- Rafizi cabar Latiff samannya mengenai Zainab
- Penganggur dihukum mati bunuh nenek berusia 85 tahun selepas rogol, liwat
- Senarai 14 kes pemimpin PH digugurkan ketika berkuasa – Asyraf Wajdi
- Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]
- Mengapa Najib dibiarkan bersendirian?
- Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
- Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022
- Tak jadi nikah 2 lepas isteri tunjuk slip gaji berbaki RM800
- Penulis ‘Billion Dollar Whale’ lancar pemburuan Jho Low
- Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung
Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]