Ismail diberi kata dua, itu semua bohong – Mahdzir

Ismail diberi kata dua, itu semua bohong – Mahdzir

Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid menyifatkan dakwaan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob ditekan ketika Mesyuarat Biro Politik Umno Rabu lalu dibuat sebagai cubaan untuk memecahbelahkan parti itu.

Mahdzir turut menafikan terdapat kata dua diberikan kepada Ismail Sabri, adakan pilihan raya segera atau dipecat, jika tidak memenuhi tuntutan dikemukakan pada mesyuarat itu.

“Tak ada, itu semua bohong, kasihanlah dekat perdana menteri. Itu semua ada orang buatlah. Media sosial ini masalahnya.

“Dia macam ini, ada orang ambil kesempatan pasal apa berlaku ini untuk pecah-belahkan orang, semua tahu Ismail Sabri Yaakob, naib presiden parti Umno, dia jadi perdana menteri, Zahid jadi presiden.

“Dua benda berlainan di tengah-tengah itu untuk pecahkan. Siapa nak pecah belahkan ini… orang itu nak pergi ke pilihan raya juga,” katanya ketika ditemui di ibu negara hari ini.

Terdahulu memetik sumber parti dan kerajaan, Malaysiakini melaporkan bahawa Mesyuarat Biro Politik Umno Rabu lalu tegang dan perdana menteri menerima tekanan.

Khususnya membabitkan campur tangan berhubung hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh beberapa pemimpin Umno termasuk Setiausaha Agung, Ahmad Maslan, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan Shahril Hamdan. Mk

Ismail diberi kata dua, itu semua bohong – Mahdzir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker